[Pendapat] Digitalisasi Semakin Pesat, Tapi Adakah Kepercayaan Turut Meningkat?
Dalam dunia tanpa tunai, kepercayaan adalah ‘mata wang’ sebenar.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Oleh Tee Kean Kang, Ketua Pegawai Eksekutif Paydibs.
Ekosistem pembayaran digital di Malaysia kini berkembang pada kadar yang sangat pantas. Namun, skala sahaja tidak cukup untuk menentukan kekuatan sesuatu sistem.
Pada tahun 2025, Malaysia merekodkan sebanyak 18.4 bilion transaksi e-pembayaran, meningkat 25% berbanding tahun sebelumnya, dengan setiap rakyat Malaysia melakukan purata 538 transaksi digital setahun.

Walaupun angka ini menunjukkan kadar penerimaan yang tinggi, ia juga menimbulkan persoalan lebih besar: “Adakah tahap kepercayaan berkembang seiring dengan penggunaan digital yang semakin meluas dalam kehidupan harian?”
Apabila Risiko Turut Meningkat Seiring Digitalisasi
Pada tahun 2025, kerugian akibat penipuan dilaporkan mencecah RM2.8 bilion, mencerminkan risiko yang semakin meningkat dalam ekosistem digital.
Menjelang suku pertama tahun ini sahaja, kes penipuan dalam talian telah mencecah 12,110 kes, dengan jumlah kerugian sebanyak RM573 juta.
Ini menunjukkan satu realiti penting walaupun penggunaan pembayaran digital meningkat, tahap keyakinan pengguna terhadap sistem ini sedang diuji.
Ia menandakan satu titik perubahan, di mana fokus industri perlu beralih daripada sekadar meningkatkan penggunaan kepada memperkukuh kepercayaan dalam setiap transaksi.
Kepercayaan: Bukan Konsep Abstrak
Dalam dunia sebenar, kepercayaan bukan sekadar konsep.
Bagi perniagaan, ia bergantung kepada tiga perkara utama:
- Keterlihatan (visibility) – mengetahui status setiap transaksi
- Kawalan (control) – kepastian bila bayaran diterima
- Perlindungan (protection) – jaminan apabila berlaku situasi tidak dijangka
Jika salah satu elemen ini terjejas, kepercayaan akan mudah terhakis terutamanya bagi perniagaan kecil yang beroperasi dengan margin yang terhad.
Hakikatnya, kebanyakan masalah pembayaran bukan berlaku pada skala besar, tetapi di peringkat kecil apabila sistem tidak selaras atau proses kurang jelas.
Bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), kelewatan bayaran atau transaksi dipertikaikan bukan sekadar isu kecil, tetapi boleh mengganggu operasi harian.
Daripada Perluasan Kepada Akauntabiliti
Perubahan ini turut diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia yang kini memberi fokus bukan sahaja kepada pengembangan pembayaran digital, tetapi juga kepada pemeliharaan kepercayaan dalam ekosistem.
Antara inisiatif yang diperkenalkan termasuk:
- Polisi Shared Electronic Fraud and Theft
- Peningkatan infrastruktur seperti RENTAS+
- Penggunaan piawaian ISO 20022
Langkah ini penting sebagai asas, namun hakikatnya, kepercayaan tidak dibina melalui polisi semata-mata, ia terbentuk melalui pengalaman harian pengguna dan peniaga.
Di Mana Sistem Bertemu Realiti
Sebanyak 1.2 juta PMKS di Malaysia berada di tengah-tengah perubahan ini. Berbeza dengan syarikat besar, mereka tidak mempunyai sistem kawalan kewangan yang kompleks atau pasukan pengurusan risiko.
Bagi mereka, kepercayaan bukan ditentukan oleh polisi atau standard teknikal, tetapi oleh perkara asas seperti:
- Adakah bayaran diterima seperti dijangka
- Adakah transaksi jelas dan telus
- Adakah digitalisasi memudahkan, bukan menyusahkan
Di sinilah industri perlu bergerak lebih jauh daripada sekadar menyediakan akses kepada memberi jaminan.
Apa Makna Kepercayaan Bagi Peniaga Kecil
Untuk menutup jurang ini, sistem pembayaran perlu direka semula mengikut keperluan sebenar perniagaan. Sebagai contoh:
- Sambungan terus ke sistem pembayaran nasional memberi akses lebih pantas kepada dana
- Penggabungan pelbagai kaedah pembayaran dalam satu platform mengurangkan kerumitan
Penyelesaian seperti terminal pembayaran bersepadu membolehkan peniaga menerima QR, kad dan kaedah lain dalam satu sistem lebih teratur dan telus.
Bagi perniagaan kecil, perkara seperti kelancaran aliran tunai dan kejelasan transaksi bukan sekadar kelebihan, tetapi keperluan asas untuk terus beroperasi.
Melangkaui Transaksi: Perlindungan Menyeluruh
Kepercayaan juga perlu melangkaui transaksi itu sendiri.
Ramai PMKS masih kurang dilindungi insurans, sama ada kerana proses yang kompleks atau kurang relevan dengan operasi harian mereka.
Pendekatan baharu adalah dengan mengintegrasikan perlindungan terus ke dalam sistem pembayaran termasuk perlindungan seperti:
- gangguan perniagaan
- liabiliti
- perlindungan aset
Sebagai contoh, Paydibs bekerjasama dengan Great Eastern General Insurance untuk menawarkan perlindungan terus melalui terminal pembayaran merangkumi kerosakan akibat kebakaran atau banjir, kehilangan tunai, liabiliti majikan dan gangguan operasi.

Pendekatan ini memastikan peniaga tidak perlu memilih antara berkembang secara digital atau melindungi perniagaan mereka di mana kedua-duanya boleh berjalan seiring.
Keyakinan Perlu Dibina, Bukan Dianggap
Dengan lebih 18 bilion transaksi dalam setahun, Malaysia jelas telah mencapai skala dalam pembayaran digital.
Namun, keutamaan Bank Negara Malaysia bagi tahun 2026 termasuk memperkukuh pencegahan penipuan dan kerjasama antara sektor menunjukkan bahawa kepercayaan kini menjadi asas utama untuk pertumbuhan seterusnya.
Pada masa hadapan, perbezaan antara penyedia perkhidmatan bukan lagi terletak pada kelajuan atau jumlah transaksi semata-mata, tetapi pada keupayaan mereka untuk menawarkan sistem yang lebih telus, lebih selamat, dan benar-benar menyokong perniagaan dalam apa jua keadaan.
Akhirnya, digitalisasi hanya boleh bergerak lebih pantas apabila perniagaan mempunyai keyakinan terhadap sistem yang digunakan dan keyakinan itu perlu dibina melalui prestasi yang konsisten, ketelusan yang jelas, serta perlindungan yang benar-benar bermakna.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer & Assistant Editor.