MacBook Selalu ‘Hang’? Tak Perlu Beli Baru Pun Sebenarnya
Pro tip: Jika ada aplikasi yang jarang digunakan, sebaiknya tutup atau unistall saja.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
MacBook yang terasa semakin perlahan sering dianggap sebagai tanda sudah tiba masa untuk upgrade. Tetapi dalam kebanyakan kes, ia sebenarnya hanya berpunca daripada sistem yang “berat” akibat penggunaan berterusan di belakang tabir.
Sistem operasi macOS sememangnya direka untuk mengurus sumber dengan baik.
Namun ia tidak menghalang aplikasi daripada terus berjalan, menggunakan memori, atau terkumpul tanpa disedari. Lama-kelamaan, ini akan menyebabkan prestasi menurun, suhu meningkat dan kipas berpusing lebih kerap.
Semak Activity Monitor Terlebih Dahulu
Langkah pertama yang boleh dilakukan ialah membuka Activity Monitor melalui Spotlight. Di sini, anda boleh melihat aplikasi yang menggunakan CPU dan memori paling tinggi.
Biasanya, ada beberapa aplikasi yang sentiasa berada di kedudukan teratas. Jika aplikasi tersebut jarang digunakan, sebaiknya tutup atau unistall saja. Langkah ini sahaja sudah boleh membantu mengurangkan beban sistem.
Kawal Aplikasi Yang ‘Auto Launch’
Seterusnya, semak aplikasi yang dibuka secara automatik setiap kali Mac dihidupkan. Pergi ke System Settings > General > Login Items.
Kebanyakan pengguna tidak memerlukan terlalu banyak aplikasi berjalan sebaik sahaja login. Kurangkan kepada yang benar-benar penting sahaja.
Versi macOS terkini juga memaparkan aplikasi yang berjalan di background. Menutup aplikasi yang tidak perlu boleh membantu mengurangkan beban sistem secara berterusan.
Susun Desktop & Fail
Walaupun nampak remeh, desktop yang penuh dengan fail juga memberi kesan kepada prestasi. macOS perlu sentiasa “render” setiap fail yang ada.
Sebaiknya, simpan fail dalam folder dan pastikan desktop kekal minimal untuk prestasi yang lebih konsisten.
Pelayar web sering menjadi penyumbang terbesar kepada penggunaan memori. Terlalu banyak tab yang dibuka boleh memperlahankan sistem dengan ketara.
Sebagai contoh, Google Chrome terkenal dengan penggunaan memori yang tinggi jika terlalu banyak tab atau extension digunakan.
Sebaliknya, Safari biasanya lebih ringan dan dioptimumkan untuk Mac. Menggunakan Chrome hanya untuk tugas tertentu boleh membantu meningkatkan prestasi keseluruhan.
Pastikan Storage Tak Penuh
Ruang storan yang hampir penuh juga boleh menyebabkan Mac menjadi perlahan. Sistem memerlukan ruang untuk fail sementara dan pengurusan memori.
Semak storage melalui System Settings dan padam fail besar, backup lama atau aplikasi yang tidak lagi digunakan. Sebaiknya, kekalkan sekurang-kurangnya 15–20% ruang kosong.
Anda juga boleh melaraskan tetapan seperti mengurangkan animasi dan efek transparensi di bahagian Accessibility. Ini boleh membantu terutama pada Mac yang lebih lama.
Jangan Lupa Restart
Ini mungkin nampak paling mudah, tetapi sering diabaikan. Restart boleh membersihkan proses di background dan memberi “nafas baharu” kepada sistem.
Walaupun Mac boleh digunakan berhari-hari tanpa ditutup, restart sekali seminggu sudah memadai untuk memastikan prestasi kekal lancar.
Dalam kebanyakan situasi, MacBook yang perlahan bukanlah tanda ia perlu diganti. Dengan sedikit pengurusan dan penyelenggaraan, prestasi boleh kembali seperti biasa tanpa perlu mengeluarkan belanja besar untuk peranti baharu.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer & Assistant Editor.