Now Reading
Bukan Sebab Jatuh Je! Ini Punca Smartphone Cepat Rosak Yang Ramai Terlepas Pandang

Bukan Sebab Jatuh Je! Ini Punca Smartphone Cepat Rosak Yang Ramai Terlepas Pandang

Meskipun telefon canggih dan mahal, namun ia tidak bermaksud peranti anda itu tidak boleh mengalami kerosakan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Telefon bimbit adalah antara gajet yang digunakan rata-rata orang ramai dalam urusan harian. Kadang-kadang memang tidak terlepas peranti itu daripada tangan.

Itulah gajet untuk pelbagai fungsi sebagai contoh layari media sosial, menyiapkan hal pekerjaan, navigasi Waze, membuat transaksi bank, mendengar muzik, mengulang kaji pelajaran dan banyak lagi.

Walaupun canggih dan mahal, namun jika anda cuai, telefon bimbit tersebut tetap mempunyai risiko rosak dalam masa terdekat. Sama seperti peranti yang lain, telefon merupakan barangan mudah pecah atau rosak sekiranya tidak dijaga dengan baik.

Baca Artikel Berkaitan: “Abang Rakam Video Owner” – Lelaki Dedah Sisi Gelap Baiki Telefon Dengan Orang Luar

Punca-punca Telefon Bimbit Cepat Rosak, Smartphone Tak Terkecuali

Buat mereka yang selalu berdepan dengan masalah telefon rosak dan hang tanpa sebab, ini mungkin antara puncanya yang anda terlepas pandang. Antaranya:

#1. Selalu Jatuh

Antara kes popular yang selalu terjadi adalah telefon bimbit yang terjatuh hingga menyebabkan ia rapuh dan skrin retak, pecah, serta calar. Bukan itu sahaja, komponen dalaman telefon yang fragile juga boleh terjejas.

Kadangkala ada segelintir individu yang lasak dan cuai hingga menyebabkan ia jatuh berulang kali dalam masa sehari.

Saranan kami, pakailah casing shockproof (tahan hentakan) kerana ada lapisan getah dan silikon yang tebal bagi melindungi telefon anda.

Foto: Telefon jatuh atas jalan.

#2. Terkena Air

Walaupun sudah banyak telefon bersifat kalis air dijual di pasaran, tetapi masih banyak model yang tidak menawarkan perlindungan menyeluruh terhadap air atau cecair lain.

Malah sekiranya telefon anda kalis air sekali pun, masih ada risiko kelembapan pada gajet itu masuk ke bahagian dalam dan merosakkan komponen lain seperti bateri, skrin serta sistem elektronik.

Sumber: Pexels

#3. Cas Telefon Terlalu Lama

Antara tabiat orang ramai adalah membiarkan sahaja telefon dicas dalam tempoh masa lama. Malah ada yang sampai membiarkan telefon mereka cas melebihi 5-6 jam dari tempoh sepatutnya.

Alasan yang selalu kita dengar adalah terlupa, atau terlelap. Cas terlalu lama atau membiarkan bateri sampai kosong sepenuhnya boleh membuatkan bateri cepat rosak dan perlu diganti dengan yang baharu.

Tabiat ini juga yang menyebabkan bateri telefon kembung dan tidak lagi berfungsi.

Foto: Telefon sedang dicas.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 3 Perkara Yang Boleh Terjadi Jika Kerap Cas Telefon Dalam Kereta [Video]

#4. Letak Telefon Di Tempat Tak Sesuai

Meletakkan telefon bawah cahaya matahari terlalu lama boleh menyebabkan ia overheat. Tempat terbaik untuk meletakkan telefon bimbit adalah kawasan yang kering, dan tidak terdedah kepada haba atau kelembapan berlebihan.

Tips lain untuk mengelakkan ia cepat panas adalah membuka casing telefon sewaktu mengecas bagi mengelakkan haba terperangkap.

Foto: Janaan AI

Baca Artikel Berkaitan: Foto Ini Tunjuk Betapa Bahaya Charge Telefon Bawah Bantal

#5. Memori Telefon Terlalu Penuh

Memori yang terlampau penuh di dalam telefon akibat fail-fail berat mampu menyebabkan prestasi peranti menjadi perlahan serta aplikasi sukar untuk berfungsi dengan lancar.

Dalam erti kata mudah, cepat lag dan hang.

Oleh disebabkan itu, muat naik aplikasi dan simpan fail mengikut kapasiti memori dan storage telefon masing-masing. Anda juga dinasihatkan untuk membuang mana-mana aplikasi yang tidak lagi digunakan.

Foto: Storage telefon

#6. Virus & Malware

Kewujudan virus dan malware (perisian hasad) mampu membuatkan sistem dalam telefon rosak. Lebih membahayakan apabila telefon anda berisiko diintip oleh pihak tidak bertanggungjawab, selain kebocoran data peribadi.

Perkara ini boleh terjadi apabila seseorang secara tidak sengaja menekan link lautan yang tidak sah. Antara kesan buruknya adalah setiap aplikasi yang cuba dibuka akan mudah crash dan tidak berfungsi dengan baik.

Foto: Janaan AI

#7. Tekanan Fizikal

Selain tabiat terjatuhkan telefon, ada segelintir individu yang kerap terduduk atas telefonnya hingga menyebabkan skrin LCD retak. Nasihat kami, perhatikan kawasan sekitar dan mengenal pasti dahulu di manakah keberadaan telefon sebelum duduk di mana-mana.

Bukan itu sahaja, meletakkan telefon terlampau lama dalam poket seluar yang ketat juga mempunyai risiko punca telefon bengkok atau meluntur. Semuanya disebabkan tekanan fizikal manusia terhadap peranti.

Foto: Janaan AI

Baca Artikel Berkaitan: Ini Sebabnya Bateri Phone Cepat ‘Kong’ Bila Travel Berbanding Ketika Di Rumah

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Kongsi Cara Tukar Bateri iPhone Original Di Apple Store, Harga Lebih Sedikit Dari Bateri OEM!

Baca Artikel Berkaitan: Ini Sebab Kenapa Harga Telefon Canggih Makin Tak Masuk Akal


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd