PUBG MOBILE Rai Ulang Tahun Ke-8 Dengan Lagu Hip-Hop ‘Infiniti – Kita Up’
“Infiniti – Kita Up (Dengan “PUBG MOBILE”)” bukan sekadar lagu, tetapi satu perayaan semangat tanpa henti dalam komuniti PUBG MOBILE.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sempena ulang tahun ke-8, PUBG MOBILE tampil dengan sesuatu yang lain daripada biasa. Bukan sekadar update dalam game, kali ini mereka lancarkan lagu tema khas untuk komuniti pemain setia.
Bertajuk “Infiniti – Kita Up (Dengan “PUBG MOBILE“)”, lagu ulang tahun khas ini menghimpunkan tiga artis hip-hop Malaysia tersohor, iaitu Kidd Santhe, Malique dan Yonnyboii.
Lebih Daripada Lagu, Ini ‘Anthem’ Untuk Player
Penuh tenaga dan semangat, “Infiniti – Kita Up (Dengan “PUBG MOBILE“)” bukan sekadar lagu, tetapi satu perayaan semangat tanpa henti dalam komuniti PUBG MOBILE.
Daripada detik yang mendebarkan hingga kemenangan squad di lewat malam, lagu ini menangkap denyut nadi komuniti yang merentasi pelbagai latar belakang, budaya, dan generasi.
Seperti permainan itu sendiri, kolaborasi ini menyatukan artis dari pelbagai era dalam arena muzik Malaysia, menggabungkan suara unik mereka menjadi satu lagu tema yang berkuasa dan bergema di kalangan peminat seluruh negara.
Dengan Kidd Santhe dan Yonnyboii mewakili gelombang baru landskap muzik Malaysia, bersanding dengan kehadiran legenda Malique, lagu ini mencerminkan kepelbagaian pemain PUBG MOBILE, di mana veteran berpengalaman dan pemain baharu sama-sama turun ke medan pertempuran.
Menurut Pengurus Produk PUBG MOBILE Malaysia, Ashley Phuah, kolaborasi ini memang dibuat untuk meraikan komuniti.
“PUBG MOBILE sentiasa menekankan komuniti, persahabatan, keseronokan, dan saat-saat yang tidak dapat dilupakan yang dikongsi pemain dalam permainan.
“Dengan “Infiniti – Kita Up (Dengan “PUBG MOBILE“)”, kami ingin mencipta sesuatu yang benar-benar menangkap tenaga pemain kami. Dengan menghimpunkan artis dari generasi berbeza, kolaborasi ini meraikan kepelbagaian dan semangat komuniti PUBG MOBILE yang telah menyokong kami sepanjang lapan tahun lalu.”
Muzik & Gaming Bergabung Jadi Satu
Pengarah Urusan Sony Music Malaysia, Singapura, Vietnam & Projek Khas SEA, Kenny Ong turut berkongsi bahawa muzik memainkan peranan penting dalam menghubungkan komuniti.
“Muzik mempunyai kuasa untuk menghubungkan komuniti dengan cara yang bermakna, dan kolaborasi bersama PUBG MOBILE adalah contoh sempurna.
“‘Infiniti – Kita Up (Dengan “PUBG MOBILE“)’ menyatukan suara berpengaruh dalam hip-hop Malaysia untuk menghasilkan lagu yang bukan sahaja meraikan permainan ini, tetapi juga menggema di kalangan peminat melalui tenaga, keaslian, dan kaitan budaya
Peminat tidak perlu menunggu lama untuk menekan butang replay.
“Infiniti – Kita Up (Dengan “PUBG MOBILE“)” akan dilancarkan secara rasmi pada 27 Mac 2026 di platform penstriman global utama, memudahkan peminat di seluruh dunia untuk mendengar lagu tema ini dan membawa semangat PUBG MOBILE ke mana sahaja mereka pergi.
Sambutan ini tidak berhenti di situ. Video lirik untuk lagu ini akan dilancarkan pada 3 April 2026, memberi peluang kepada peminat untuk mendalami rentak dan mesej di sebalik lagu tersebut.
Menambah kemuncak kepada keseronokan, pengalaman digital ini akan beralih ke pentas dunia sebenar apabila Kidd Santhe dan Yonnyboii membuat persembahan secara langsung pada Acara Ulang Tahun ke-8 PUBG MOBILE yang dinanti-nantikan pada 4 April 2026 di Sunway Pyramid, menjanjikan saat yang tidak dapat dilupakan di mana muzik, permainan, dan komuniti bertemu.
Sempena PUBG MOBILE menandakan lapan tahun aksi battle royale yang menakjubkan, “Infiniti – Kita Up (Dengan “PUBG MOBILE“)” menjadi tribut berenergi tinggi untuk jutaan pemain yang terus turun ke medan pertempuran, membentuk squad, dan mengekalkan semangat permainan ini.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.