UGREEN Lancar Siri MagFlow Qi2 25W, Pengecasan Magnetik Wireless Kini Lebih Pantas
Siri Magflow oleh UGREEN ini menyokong peranti Apple dan Android, termasuk Google Pixel 10 Pro XL, siri iPhone 16 dengan iOS 26, serta iPhone 17 yang akan datang.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Jenama global terkemuka dalam elektronik, UGREEN telah mengumumkan pelancaran generasi terbaharu Siri Magflow, rangkaian pengecas tanpa wayar magnetik dengan sokongan Qi2 25W.
Direka berasaskan piawaian terbuka terkini, siri itu menawarkan pengecasan tanpa wayar pantas dengan penjajaran magnetik yang tepat.
Produk terbaharu ini juga menyokong keserasian merentas peranti Apple dan Android, termasuk Google Pixel 10 Pro XL yang baru dilancarkan, siri iPhone 16 dengan iOS 26, serta iPhone 17 yang akan datang.

Produk MagFlow Series UGREEN Bersama Fungsinya
MagFlow Magnetic Power Bank 10000mAh 25W:
MagFlow Magnetic Power Bank 10000mAh 25W hadir dengan pengecasan Qi2 25W generasi baharu, mampu mengecas iPhone 16 Pro Max sehingga 50% dalam kira-kira 30 minit.
Ia dilengkapi kabel USB-C terbina dalam (built-in) yang menyokong pengecasan pantas dua hala 30W dan boleh berfungsi sebagai tali pengikat.

Teknologi SmartCharge UGREEN membolehkan pengecasan serentak sehingga tiga peranti. Dengan pegangan magnetik kukuh, paparan bateri masa nyata, serta 13 lapisan perlindungan keselamatan termasuk kawalan suhu, ia menawarkan kuasa sepanjang hari dalam rekaan padat yang sesuai dibawa ke mana sahaja.


MagFlow 2-in-1 Magnetic Wireless Charger 25W:
MagFlow 2-in-1 Magnetic Wireless Charger 25W memberikan pengecasan pantas Qi2 untuk iPhone sambil mengecas AirPods secara serentak. Reka bentuk boleh lipat dengan sokongan pelbagai sudut tontonan menjadikannya sesuai untuk mod StandBy Apple, sama ada di rumah atau ketika dalam perjalanan.

MagFlow 2-in-1 Magnetic Foldable Wireless Charger 25W:
Melangkaui keupayaan berbilang peranti, MagFlow 2-in-1 Magnetic Foldable Wireless Charger 25W menawarkan penyelesaian lengkap untuk ekosistem Apple dengan pengecasan iPhone dan AirPods pada masa yang sama.
Reka bentuk lipatannya menjimatkan ruang dan kekal praktikal di meja kerja atau ketika melancong.

MagFlow 3-in-1 Magnetic Wireless Desktop Charger 25W:
Direka bagi kegunaan workstation dan meja sisi katil, MagFlow 3-in-1 Magnetic Wireless Desktop Charger 25W dilengkapi asas pemberat untuk kestabilan serta penyokong boleh laras dengan keupayaan condongan sehingga 70°.
Ia mampu mengecas iPhone, Apple Watch, dan AirPods serentak, sekaligus membolehkan pengguna menonton video atau menggunakan navigasi dengan mudah ketika mengecas.
Pengurusan haba lanjutan memastikan keselamatan serta susun atur yang kemas, ideal untuk rumah atau pejabat.

MagFlow Magnetic Wireless Charging Pad 25W:
Melengkapkan rangkaian, MagFlow Magnetic Wireless Charging Pad 25W menampilkan reka bentuk minimalis dan nipis dengan pengecasan penuh Qi2 25W, sesuai untuk pengguna yang lebih gemar gaya pengecasan pad klasik.
Setiap produk dalam siri MagFlow direka dengan magnet berkuasa tinggi serta protokol keselamatan canggih, memastikan pengecasan selamat dan stabil dalam pelbagai situasi.

Harga dan Ketersediaan Produk
Berikut adalah senarai harga bagi setiap model UGREEN MagFlow siri baharu:
- MagFlow Magnetic Power Bank 10000mAh 25W: RM209
- MagFlow 2-in-1 Magnetic Wireless Charger 25W: RM209
- MagFlow 2-in-1 Magnetic Foldable Wireless Charger 25W: RM199
- MagFlow 3-in-1 Magnetic Wireless Desktop Charger 25W: RM499
- MagFlow Magnetic Wireless Charging Pad 25W: RM129
Semua produk boleh didapati di Lazada, TikTok dan Shopee.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.Â