myPTPTN: Aplikasi Mudah Untuk Buat Bayaran Balik Pinjaman PTPTN
Untuk langkah pertama, anda hanya perlu memuat turun Aplikasi myPTPTN di Playstore/Appstore.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Apabila seseorang itu sudah menamatkan pengajian di universiti, pasti ramai yang sudah mula untuk membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kan?
Oleh itu, untuk memudahkan lagi peminjam membuat bayaran balik pinjaman PTPTN, anda disarankan untuk memuat turun aplikasi myPTPTN.
Ikuti langkah-langkah di bawah untuk memuat turun aplikasi myPTPTN ini:
- Muat Turun Aplikasi myPTPTN di Playstore/Appstore.
- Log Masuk ID dan Kata Laluan Aplikasi myPTPTN.
- Klik Menu Loan Repayment (Bayaran Balik Pinjaman).
- Masukkan No Kad Pengenalan Peminjam.
- Masukkan Jumlah Bayaran.
- Pilih Saluran Bayaran FPX Online Banking atau Debit/Kredit Kad.
- Log masuk perbankan internet/telefon mudah alih untuk pelbagai pilihan bank.
Itu sahaja! Mudah, bukan?
Selepas itu, anda boleh screenshot setelah transaksi berjaya dilakukan untuk semakan/rekod tersendiri.
Peminjam PTPTN Boleh Bayar Pinjaman Guna Akaun 2 KWSP
Kalau sudah pinjam, mestilah kena bayar balik. Tak kisahlah apa jua bentuk hutang dan berapa jumlahnya. Ia amatlah dituntut untuk dilangsaikan serta dibayar setelah mampu.
Baca Artikel Berkaitan: Kerajaan Belum Cadang Mahu Mansuhkan Hutang Pinjaman PTPTN Bersasar – KPT
Untuk pengetahuan umum, pihak PTPTN telah berkongsi salah satu cara untuk membuat pembayaran balik bagi mereka yang mempunyai hutang pinjaman pendidikan tersebut.
Pihak PTPTN mendedahkan peminjam kini boleh menggunakan Akaun 2 dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk melunaskan hutang PTPTN.
Lebih menarik lagi, terdapat diskaun yang diberikan kepada mereka yang membayar balik pinjaman menggunakan Akaun 2 KWSP.
Tetapi sebelum membuat pembayaran melalui Akaun 2 KWSP, anda perlu membuat dua perkara di bawah iaitu:
#1. PTPTN: Semak Baki Pinjaman
Anda boleh menyemak baki pinjaman hutang PTPTN di menerusi aplikasi myPTPTN dengan memasukkkan nombor kad pengenalan dan kata laluan untuk masuk.
Kemudian, klik pada ‘Semakan Penyata’ dan pilih penyata tahunan terkini.
#2. PTPTN: Tentukan Kadar Bayaran
Sebelum membuat pembayaran, anda perlu menentukan jumlah pinjaman yang mahu dilunaskan.
Mereka yang membuat penyelesaian penuh pinjaman akan mendapat diskaun sebanyak 10%.
Jika anda melunaskan 50% daripada baki hutang dalam sekali pembayaran juga akan menerima potongan harga sebanyak 10%.
Bagaimana Cara Bayar Balik PTPTN Guna Akaun 2 KWSP?
Selain menggunakan Akaun 2 KWSP milik peminjam, kaedah pembayaran balik hutang pinjaman PTPTN ini juga boleh menggunakan akaun milik pasangan atau ibu bapa yang merupakan ahli KWSP.
Cara-caranya:
#1. Log Masuk Ke Dalam Akaun
Anda boleh melayari laman web KWSP atau menggunakan aplikasi KWSP i-Akaun untuk log masuk ke dalam akaun.
#2. Permohonan Pengeluaran
Pilih ‘Pengeluaran’ pada menu utama dan klik ‘Permohonan Baharu’. Kemudian pilih jenis pengeluaran ‘Pendidikan’ dan lengkapkan maklumat pengajian sebelum klik ‘Seterusnya’.
#3. Lengkapkan Maklumat Ahli dan Amaun Kelayakan​
Lengkapkan beberapa maklumat berikut:
- Maklumat peribadi
- Maklumat perhubungan
- Maklumat pengeluaran
- Butiran pembayaran balik
Selepas selesai, klik ‘Seterusnya’.
#4. Semakan Ringkasan Permohonan Pengeluaran​
Semak maklumat permohonan dan klik ‘Permohonan TAC’. Kemudian, masukkan nombor TAC di SMS dan klik ‘Hantar’. Jika maklumat sudah lengkap, klik ‘Setuju’ untuk membuat perakuan diri.
#5. Pengesahan Permohonan Pengeluaran ​
Status permohonan yang berjaya akan dihantar menerusi SMS atau melalui mesej sekuriti inbox di i-Akaun KWSP.
#6. Hadir ke Pejabat Cawangan KWSP ​
Peminjam perlu hadir ke pejabat KWSP untuk melakukan proses pengesanan Cap Ibu Jari (CIJ) bersama dokumen yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.
Selepas pihak PTPTN telah memproses maklumat tersebut, transaksi akan mengambil masa dalam tempoh 7-14 hari bekerja.
NOTA: Pihak PTPTN juga menjelaskan bahawa permohonan ini boleh dilakukan lebih daripada sekali selagi mana Akaun 2 KWSP mempunyai wang di dalamnya. Peminjam boleh membuat permohonan dengan kaedah yang sama seperti permohonan kali pertama.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.