Aplikasi Taobao Kini Dalam Bahasa Inggeris, Malaysia Jadi Pasaran Pertama!
Di samping itu, rangkaian logistik Taobao disokong oleh Cainiao menjamin penghantaran tepat pada masanya dan menawarkan pilihan ‘track your delivery’.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
FINALLY!
Kalau korang pernah cuba untuk beli perabot menerusi aplikasi Taobao sebelum ini, sekarang dah boleh menarik nafas lega sebab aplikasi berkenaan kini membolehkan penduduk tempatan untuk mengakses dengan lebih mudah dengan pelancaran antara muka (interface) bahasa Inggeris versi Beta.
Lebih Mesra Pengguna Di Malaysia
Taobao Malaysia hari ini (12 September) mengumumkan pelancaran antara muka bahasa Inggeris betanya untuk pengalaman beli-belah lebih mesra pengguna dan mudah diakses.
Antara muka baharu ini dibangunkan sebagai respons kepada permintaan semakin meningkat daripada pelanggan yang mahukan pilihan dalam bahasa Inggeris, seterusnya menangani keperluan pengguna tempatan yang mencari kepelbagaian produk dan pengalaman beli-belah unik.
Malaysia Jadi Pasaran Pertama Taobao
Malaysia merupakan pasaran pertama bagi Taobao untuk memperkenalkan tawaran baharu ini bersama-sama dengan negara jiran, Singapura.
Dengan menawarkan penerangan produk yang terperinci dalam bahasa Inggeris, anggaran penukaran harga dalam Ringgit Malaysia (RM), serta interface yang mesra pengguna lebih mudah memenuhi tabiat pengguna Malaysia, Taobao berhasrat menjadikan pengalaman beli-belah global lebih lancar dan menyeronokkan.
“Dengan pelancaran antara muka beta bahasa Inggeris Taobao ini, kami berasa teruja untuk menyediakan platform yang memenuhi keperluan pelbagai pelanggan Malaysia.
“Inisiatif ini didorong oleh permintaan kukuh yang kami perhatikan daripada pengguna tempatan, dan kami percaya usaha ini akan meningkatkan pengalaman beli-belah mereka dengan meminimumkan halangan bahasa.
“Kami komited untuk terus menambah baik antara muka bahasa Inggeris beta ini berdasarkan maklum balas pelanggan memastikannya memenuhi keperluan pengguna sentiasa berkembang,” kata Jess Lew selaku Pengurus Negara bagi Tmall Taobao World Malaysia.
Kaedah Pembayaran Lebih Mudah
Untuk pembeli di Malaysia, platform ini menyokong pelbagai kaedah pembayaran dikuasakan oleh Antom seperti kad debit/kredit, dompet elektronik, perbankan dalam talian, dan pilihan ansuran kad kredit, sekali gus membolehkan pengguna melengkapkan transaksi dengan mudah.
Di samping itu, rangkaian logistik Taobao disokong oleh Cainiao menjamin penghantaran tepat pada masanya dan menawarkan pilihan penjejakan pesanan untuk memastikan pelanggan sentiasa memperoleh maklumat mengenai status pesanan.
Menurut Indeks Kecekapan Bahasa Inggeris EF (EF EPI) 2023, Malaysia menduduki tempat ketiga di Asia untuk kecekapan bahasa Inggeris yang tinggi dengan lebih 20 juta rakyat Malaysia yang mahir dalam bahasa Inggeris, selepas Singapura dan Filipina.
Statistik ini menekankan potensi besar bagi Taobao memberikan perkhidmatan lebih baik kepada keperluan pengguna yang bertutur dalam bahasa Inggeris.
“Di Tmall Taobao World, matlamat kami adalah untuk mencipta platform beli-belah inklusif yang memecahkan sempadan geografi dan menyediakan pengalaman luar biasa. Antara muka bahasa Inggeris beta Taobao merupakan bukti dedikasi kami untuk memenuhi keperluan pelanggan global kami yang pelbagai.
“Kami percaya bahawa pelancaran ini akan membuka peluang baharu kepada pembeli Malaysia untuk meneroka dan menikmati kepelbagaian produk yang terdapat di Taobao,” menurut Jianqiu Ye selaku Pengurus Besar Tmall Taobao World.
Tawaran Menarik Buat Rakyat Malaysia Sempena Pelancaran Ini
#1. Penghantaran udara percuma untuk pembelian item fesyen melebihi RMB199 (Chinese Yuan)
Tawaran ini bertujuan menggalakkan pelanggan meneroka trend fesyen terkini melalui aplikasi Taobao dengan menyediakan penghantaran udara yang cepat dan percuma dalam tempoh 5 hingga 7 hari bekerja*.
#2. Faedah Pengguna Baharu bernilai RMB65 (Chinese Yuan)
Pengguna baharu boleh menikmati baucar beli-belah seluruh platform bernilai RMB20 boleh digunakan dengan perbelanjaan minimum RMB150, baucar yuran penghantaran antarabangsa RMB30, serta baucar yuran perkhidmatan bernilai RMB15.
#3. Pulangan percuma untuk pesanan pertama
Item yang dibeli dengan label “Pulangan Tempatan” atau “Pulangan Percuma” boleh dipulangkan ke gudang tempatan Taobao dalam tempoh 15 hari dari tarikh penerimaan tanpa perlu menghantar semula ke China.
Penghantaran pulangan adalah percuma untuk pulangan pertama pengguna. Untuk permintaan pulangan kedua dan seterusnya, yuran penghantaran pulangan dengan perkhidmatan pengambilan ialah RMB15 untuk Malaysia Barat (Pengguna di Malaysia Timur perlu sediakan barangan yang hendak dipulangkan ke alamat yang ditetapkan).
#4. Khidmat Pelanggan Dwibahasa
Sokongan khidmat pelanggan dalam bahasa Inggeris dan Mandarin tersedia melalui aplikasi Taobao dari 9 pagi hingga 9 malam, Isnin hingga Ahad.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.