Now Reading
Apple Lancar iPhone 16 Dengan Harga Dari RM3,999. Mula Dijual Di Malaysia Pada 20 September Ini

Apple Lancar iPhone 16 Dengan Harga Dari RM3,999. Mula Dijual Di Malaysia Pada 20 September Ini

Antara ciri menarik yang diperkenalkan pada iPhone 16 adalah ia dikuasakan dengan cip Apple A18 iaitu cip yang paling terkini hasil buatan Apple silicon.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat penggemar dunia teknologi terutamanya telefon pintar keluar Apple iaitu iPhone, pastinya ramai yang tidak sabar menantikan rekaan terbaharu oleh syarikat tersebut.

Boleh dikatakan hampir setiap tahun mesti akan ada keluaran iPhone terbaharu yang ditambah baik dengan pelbagai ciri bagi memikat hati para pengguna.

Baca Artikel Berkaitan: iPhone 15 Mula Dijual Di Malaysia 29 September Ini

Antara faktor yang menjadikan iPhone sebagai telefon pintar kegemaran masyarakat seluruh dunia adalah kerana kualiti kameranya, fungsi ‘Apple Pay’ dan ‘copy paste’ gambar daripada galeri kepada platform lain seperti Instagram.


Apple Lancar Telefon Terbaharu, iPhone 16

Awal pagi hari ini (10 September), Apple telah melancarkan iPhone keluaran terbaharu mereka iaitu iPhone 16.

Sumber: Apple

Didatangi dengan dua jenis variasi iaitu iPhone 16 dan iPhone 16 Plus, kedua-dua telefon pintar ini dijual dengan harga berlainan berikutan perbezaan saiz dan jangka hayat bateri.

Bagi iPhone 16 bersaiz paparan 6.1 inci, harganya bermula dari RM3,999 manakala iPhone 16 Plus dengan paparan berukuran 6.7 inci pula dijual dari RM4,499.


Apa Yang Istimewa Mengenai iPhone 16?

Terdapat pelbagai ciri-ciri menarik yang ada pada iPhone 16 ini. Antaranya:

#1. Cip A18
Sumber: Apple

iPhone 16 ditampilkan lebih istimewa dengan adanya cip Apple A18 iaitu cip yang terkini hasil buatan Apple silicon.

Dengan adanya cip tersebut, penggunaan telefon pintar terbaharu ini lebih luar biasa serta efisien dari segi penggunaan tenaga.

#2. Apple Intelligence
Sumber: Apple

Bukan itu sahaja, iPhone 16 ini juga memperkenalkan Apple Intelligence yang menyokong kecerdasan buatan atau turut dikenali sebagai Artificial Intelligence (AI).

Dengan adanya Apple Intelligence ini yang bakal diperkenalkan secara berperingkat mula Oktober depan, anda boleh merangka ayat dengan lebih profesional serta menjana gambar serta emoji dengan hanya menggunakan teks sahaja.

#3. Butang Tambahan
Sumber: Apple

Dari segi reka bentuknya, ia dilihat seperti model yang ditawarkan sebelum ini. Namun terdapat pilihan butang tambahan yang diletakkan di bahagian tepi sebagai butang tindakan khas (Action button).

Macam mana butang tindakan khas itu berfungsi? Ia akan memudahkan anda untuk mengakses tetapan atau aplikasi dengan lebih cepat.

Selain itu, iPhone 16 ini turut didatangkan dengan butang kawalan kamera pada bahagian tepi.

#4. Kualiti Kamera
Sumber: Apple

Bagi anda yang meminati bidang fotografi, telefon pintar terbaharu keluaran Apple ini dilengkapi dengan kamera utama bersaiz 48 megapixel.

Ia menampilkan kamera Fusion 48MP baharu dengan penderia empat pixel yang lebih pantas serta membolehkan anda membuat rakaman video 4K120 fps dalam Dolby Vision.

Model Pro baharu ini mencapai gabungan resolusi dan kadar bingkai tertinggi yang pernah tersedia pada iPhone.

Kalau nak rakam video pun best sebab ada mikrofon yang berkualiti seperti di studio.


Buat peminat Apple yang mahu ‘upgrade’ iPhone mereka, mesti anda tertanya-tanya tarikh telefon pintar ini akan berada dalam pasaran Malaysia.

Pra-tempahan dibuka pada 13 September jam 8 malam dan bakal mula ditawarkan kepada umum bermula 20 September ini.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd