Now Reading
[Video] Laptop Boleh Digodam Dalam Masa 5 Saat Je Kalau Ditinggalkan Di Tempat Awam. Bahaya!

[Video] Laptop Boleh Digodam Dalam Masa 5 Saat Je Kalau Ditinggalkan Di Tempat Awam. Bahaya!

Maisarah turut menunjukkan bagaimana dalam masa 5 saat dia boleh berjaya mengodam sebuah laptop yang ditinggalkan di tempat awam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak wujudnya komputer riba tak dinafikan ia banyak memudahkan sesiapa sahaja yang memilikinya untuk melakukan kerja.

Malah sifatnya yang mudah dibawa serta ringan membuatkan ramai memilih untuk membuat kerja mereka di mana-mana sahaja seperti rumah, tempat awam dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, ketika berada di tempat awam anda tidak boleh sewenang-wenangnya meninggalkan barang berharga seperti laptop waima mahu ke tandas, mencari buku dan sebagainya.

Wanita kongsi bahaya jika tinggalkan laptop di tempat awam

Ini kerana, baru-baru ini seorang wanita yang sering berkongsi mengenai sekuriti (keselamatan) siber telah mendedahkan risiko yang boleh dialami oleh seseorang sekiranya meninggalkan komputer riba atau laptop di tempat awam.

Menurut wanita yang dikenali sebagai Maisarah dia telah menunjukkan satu pendrive yang telah dimasukkan virus.

Cucuk pendrive dan dalam masa 5 saat dah berjaya godam laptop

Dia kemudian mencucukkan pendrive berkenaan pada laptop seorang wanita dan dalam masa lima saat laptop berkenaan sudah berjaya digodam.

“Sekarang ni saya dah pun berjaya hack (godam) dia punya laptop. Antara perkara yang saya boleh lakukan adalah boleh mengakses kamera secara langsung (kamera laptop menunjukkan wajah mangsa).

“Nampak tak dia tengah buat kerja macam biasa je tu. Dia tak perasan pun saya sedang akses kameranya daripada jauh. Ha seram tak?

“Jadi kesimpulannya, korang janganlah tinggal korang punya device (alat elektronik) di tempat awam walaupun nak pergi tandas sekejap,” jelasnya dalam video tersebut.

Menerusi semakan kami, wanita berkenaan dipercayai bekerja di sebuah firma keselamatan siber yang menawarkan kursus ‘ethical hacking’ kepada orang ramai.

Muat naik video untuk beri kesedaran

Di ruangan komen Maisarah menjelaskan tujuannya berkongsi video itu adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai agar tidak meninggalkan laptop di tempat awam tanpa pengawasan walaupun sekejap.

Dalam pada itu dapat dilihat orang ramai turut bertanya pelbagai soalan kepada Maisarah berkaitan perkongsiannya itu.

Sebagai contoh ada yang bertanya adakah laptop yang ditutup dan mempunyai papan kekunci boleh digodam seperti video? Maisarah lalu menjawab ia tidak dapat dilakukan kepada laptop yang tertutup dan mempunyai ‘screen saver’.

Ini kerana, USB tersebut tidak bertindak sebagai keyboard yang akan menaip ‘command’ pada komputer jadi ia tak boleh dilakukan sekiranya dikunci.

Ada juga yang mencadangkan orang ramai untuk menutup kamera laptop agar wajah tidak didedahkan sekiranya digodam. Namun Maisarah mengatakan pelaku tidak hanya boleh mengodam kamera bahkan perkara yang lain juga seperti data, gambar dan banyak lagi.

Malah laptop yang digodam juga boleh diakses di mana-mana sahaja meskipun pelaku dan mangsa berada di kawasan berbeza.

Dalam satu lagi video, dia turut berkongsi bahaya yang ramai pengguna telefon pintar tidak sedar iaitu data yang telah dipadam boleh didapatkan semula dengan menggunakan alatan atau software khas.

“Tak payah tempat awam, malware masuk pun dah kena. Cursor gerak sendiri buka dokumen mujur aku tutup task job dia. Uninstall fail malware tu”

This image has an empty alt attribute; its file name is hack-laptop-1.jpg

“Buat konten macam ni untuk bagi kesedaran dekat orang ramai”

This image has an empty alt attribute; its file name is hack-laptop-2.jpg

“Phone tak boleh kerana Malware telefon dalam bentuk APK/IPA je. Nanti kita buat demo”

This image has an empty alt attribute; its file name is hack-laptop-3.jpg

“Berapa jarak paling jauh untuk diakses kamera tu? Dia guna internet ke?”

This image has an empty alt attribute; its file name is hack-laptop-4.jpg

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd