Now Reading
Maxis & Public Bank Berkolaborasi Percepatkan Penggunaan Digital Antara PKS

Maxis & Public Bank Berkolaborasi Percepatkan Penggunaan Digital Antara PKS

Maxis Business akan menjadi rakan telekomunikasi dan digital rasmi Program Bantuan Digital PKS PB enterprise oleh Public Bank.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Maxis dan Public Bank Bhd (Public Bank) akan bekerjasama bagi mempercepatkan penerimagunaan digital dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia.

Melalui kerjasama yang telah dimeterai di sebuah majlis pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU), kedua-dua pihak akan menjalankan program kesedaran bersama untuk mempromosikan digitalisasi antara PKS.

Ini juga akan membuka jalan untuk PKS mengakses penyelesaian digital, bersama dengan bantuan kewangan untuk melaksanakannya.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Tay Ah Lek, berkata kerjasama ini akan melihat PKS Malaysia mendapat yang terbaik daripada kedua-dua bidang kewangan dan teknologi.

“Kami percaya bahawa dengan menggabungkan kepakaran kewangan kami dengan kebolehan teknologi Maxis, kami dapat memberikan impak yang bermakna dalam transformasi digital PKS Malaysia, membolehkan mereka berkembang dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Public Bank dan Maxis bersama-sama berdedikasi untuk menyokong perniagaan dalam perjalanan mereka ke arah kejayaan, memanfaatkan yang terbaik daripada perbankan dan teknologi.”

Sementara itu, Goh Seow Eng selaku Ketua Pegawai Eksekutif Maxis menjelaskan bahawa, “Kami gembira kerana mempunyai Public Bank sebagai rakan kerjasama yang berfikiran sama dalam mencerminkan komitmen kami untuk membantu PKS. Sebagai sebuah syarikat telekomunikasi bersepadu, Maxis Business ialah rakan kerjasama yang dipercayai untuk perusahaan berbilang saiz.

“Kami ingin memudahkan digitalisasi untuk PKS, supaya mereka boleh memberi fokus kepada mengembangkan perniagaan mereka. Melalui kerjasama ini, kami berharap dapat bersama-sama memacu transformasi digital PKS Malaysia.”


Maxis Business

Untuk impak maksimum bagi kerjasama ini, kedua-dua pihak akan menerokai langkah untuk bersama-sama melibatkan pelanggan masing-masing melalui aktiviti di lapangan dan dalam talian.

Ini termasuk aktiviti seperti acara kesedaran di rangkaian cawangan Public Bank.

Sementara itu, Maxis Business akan menjadi rakan telekomunikasi dan digital rasmi Program Bantuan Digital PKS PB enterprise oleh Public Bank. Ini akan membolehkan pelanggan PKS Public Bank mengakses rangkaian penyelesaian ketersambungan dan digital Maxis bagi memenuhi pelbagai keperluan perniagaan mereka seperti ketersambungan mudah alih dan tetap, pembayaran, e-dagang, pteknologi awan, dan keselamatan siber.

Maxis Business juga akan membantu pelanggan PKS Public Bank memohon untuk geran pendigitalan iaitu Geran Digital PMKS Madani oleh Kerajaan Malaysia untuk mengimplementasikan penyelesaian-penyelesaian tersebut. PKS yang memerlukan bantuan kewangan lanjut juga boleh meneroka pelbagai penyelesaian pembiayaan ditawarkan oleh Public Bank.

[PB Enterprise]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd