Now Reading
Kedai Rangkaian Elektronik, Senheng Umum Pembukaan Senheng Mobile Di Plaza Shah Alam

Kedai Rangkaian Elektronik, Senheng Umum Pembukaan Senheng Mobile Di Plaza Shah Alam

Majlis perasmian pembukaan outlet Senheng Mobile turut menyaksikan tetamu VIP yang hadir bagi menyerikan majlis termasuk Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman.

senheng mobile

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Senheng iaitu salah satu nama terbesar dalam elektronik pengguna dan peralatan di Malaysia baru-baru ini telah merasmikan pembukaan Senheng Mobile Shah Alam pada 10 Mac lalu.

Majlis itu juga menandakan pembukaan rasmi lima cawangan Senheng Mobile termasuk di:

  • Kota Damansara.
  • SS15, Subang.
  • Eco Botanic, Johor Bahru.

Untuk rekod, Senheng Mobile ialah lanjutan jenama Senheng Electric (KL) Sdn Bhd yang wujud di atas respon memberangsangkan terhadap permintaan gajet yang popular dalam kalangan pengguna.

Majlis perasmian pembukaan outlet Sengheng Mobile turut menyaksikan tetamu VIP yang hadir bagi menyerikan majlis termasuk Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman.

Sebagai Ahli Parlimen termuda di Malaysia, Syed Saddiq menjadi wakil dalam menerima perubahan, satu faktor utama kejayaan Senheng dan Senheng Mobile.

Pembukaan besar-besaran itu sememangnya berjaya dengan pelanggan dilihat beratur untuk menyertai aktiviti yang diadakan, serta mendapat tawaran alatan yang dicari.

Memandangkan Senheng Mobile menawarkan peranti mudah alih terbaik di bawah satu bumbung, ia akan menempatkan rakan kongsi utama kami termasuk Apple, Samsung, Huawei, HONOR, Oppo dan Vivo, serta penyedia perkhidmatan komunikasi Maxis dan Digi.

Ini membolehkan pelanggan mendapatkan pelan baharu dengan pembekal perkhidmatan komunikasi pilihan sambil mendapatkan peranti baharu di Senheng Mobile.

Keluasan outlet Senheng Mobile di Plaza Shah Alam ini adalah berukuran 1,295 kaki persegi. Senheng Mobile akan mula menjejakkan kaki di Lembah Klang dengan rancangan untuk berkembang di bandar lain di seluruh Malaysia.

Senheng Mobile memfokuskan kepada aspek pengalaman perjalanan pelanggan. Ia bertujuan mencipta pengalaman membeli-belah menyeronokkan buat para pelanggan.

Senheng Mobile juga akan menawarkan nilai dan kemudahan sama seperti kedai Senheng yang lain, iaitu:

  • Waranti Lanjutan (Extended Warranty).
  • Mod Pembayaran Berbilang.
  • Ansuran 0% (0% Installments).
  • Program Trade-in & Save.

Dengan pembukaan Senheng Mobile Plaza Shah Alam ini, Senheng menepati slogannya iaitu “Berbeza…Memang Berbeza!”

Semua pelanggan setia Senheng digalakkan untuk merasai pengalaman gajet dan teknologi terkini di Senheng Mobile ini!

Untuk maklumat lanjut, boleh KLIK SINI.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd