Now Reading
Grab Malaysia Umum Pelancaran Inovasi Keselamatan Buat Pemandu & Penumpang

Grab Malaysia Umum Pelancaran Inovasi Keselamatan Buat Pemandu & Penumpang

Untuk menyahaktifkan ciri ini, penumpang dan rakan pemandu hanya perlu pilih AudioProtect ‘Off’ dalam ‘Safety Centre’ atau dalam akaun mereka.

grab malaysia

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Grab iaitu superapp terkemuka di Asia Tenggara diasaskan dengan misi menambah baik keselamatan pengangkutan bagi golongan wanita. Sedekad kemudian, ia masih berusaha ke arah peningkatan berterusan dan penambahan terhadap rangkaian ciri-ciri keselamatannya.

Sempena Hari Wanita Sedunia, Grab Malaysia mengumumkan pelancaran inovasi keselamatan terbaru bagi meningkatkan lagi keselamatan rakan pemandu dan penumpang.

Ciri keselamatan i, AudioProtect, membuktikan komitmen Grab untuk mewujudkan pengalaman lebih selamat untuk setiap pengguna platform ini pada setiap hari.

Dengan AudioProtect yang dilancarkan secara berperingkat, kedua-dua rakan pemandu dan penumpang diberi pilihan untuk mengaktifkan rakaman audio semasa perjalanan.

Grab menetapkan piawaian baharu bagi insiden yang boleh dielakkan selain membantu menyediakan ketenangan minda untuk para penumpang dalam perjalanan, ciri ini juga akan membantu mempercepatkan dan menyelesaikan sebarang laporan yang dibuat kepada Grab.

Dengan AudioProtect dan rangkaian ciri keselamatan sedia ada, kami mengambil pendekatan proaktif terhadap keselamatan dan memperkasakan rakan pemandu kami dengan keyakinan untuk memandu dengan selamat dan berhemah. Pada tahun 2021, lebih daripada 99.99% perjalanan Grab berlaku tanpa sebarang insiden. Grab akan terus mengutamakan keselamatan, sekuriti dan juga mengurangkan kes penipuan. Rangkaian ciri keselamatan yang disediakan akan membolehkan kami mewujudkan persekitaran yang selamat secara holistik untuk semua pihak yang terlibat di atas platform kami.

Adelene Foo, Pengarah Urusan Grab Malaysia.

Kedua-dua penumpang dan rakan pemandu boleh mengaktifkan AudioProtect secara mudah dengan menekan Pusat Keselamatan dan kemudian memilih AudioProtect, di mana mereka akan dapat melihat ‘Recording: On’.

Semua perjalanan akan mula dirakam setelah mereka mengaktifkan ciri ini.

Untuk menyahaktifkan ciri ini, penumpang dan rakan pemandu boleh hentikan AudioProtect ‘Off’ dalam ‘Safety Centre’ atau menyahaktifkan ciri ini dalam akaun mereka.

Grab komited untuk memastikan data komuniti sentiasa dilindungi di samping menyediakan inovasi yang memberi impak kepada para pengguna.

Untuk memastikan, AudioProtect telah mengambil langkah-langkah berikut:

  • Rakaman hanya akan digunakan untuk menyelesaikan insiden dan laporan yang dibuat secara rasmi kepada Grab.
  • Rakaman disulitkan (encrypted) secara automatik pada peranti masing-masing, ia tidak boleh diakses oleh semua parti termasuk Grab, melainkan laporan dibuat secara rasmi kepada Grab.
  • Rakaman akan dipadamkan secara automatik selepas 5 hari, sekiranya laporan tidak dibuat.

Rangkaian Ciri Keselamatan Grab

Grab memastikan keselamatan dalam setiap langkah perjalanan, melalui teknologi dan inovasi. Langkah-langkah keselamatan ini direka untuk melindungi rakan pemandu dan penumpang sebelum, semasa dan selepas perjalanan.

Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia baru-baru ini, kepimpinan wanita kanan Grab meraikan rakan pemandu wanita yang berprestasi tinggi dalam majlis minum petang (#SisBoleh), dan mengambil peluang untuk berkongsi dengan mereka rangkaian ciri keselamatan telah diperkenalkan oleh Grab sepanjang dekad.

1. Perlindungan keselamatan bermula bahkan sebelum perjalanan bermula.

Pengesahan wajah menggunakan AI: Sebelum menggunakan aplikasi, rakan pemandu dan penumpang dikehendaki menyerahkan swafoto langsung untuk pengesahan identiti. Model pembelajaran mesin menentukan sama ada wajah itu tulen atau tidak, berdasarkan pergerakan dan cahaya.

2. Semasa pengguna berada dalam perjalanan, Grab juga memastikan keselamatan mereka.

  • Share My Ride: Semasa perjalanan, rakan pemandu dan penumpang boleh mengongsikan butiran perjalanan dengan kenalan mereka melalui SMS ataupun aplikasi sembang yang dipasang pada peranti mudah alih mereka. Butiran termasuk laluan perjalanan masa sebenar pengguna, tempat pengambilan, lokasi penghantaran, butiran pemandu dan anggaran masa ketibaan.Butang SOS “Get Emergency Help” pada aplikasi: Pusat setempat keselamatan 24/7 di mana pengguna boleh mendapatkan bantuan kecemasan, melaporkan isu keselamatan dan berkongsi butiran perjalanan dengan orang tersayang.
  • Number Masking: Melindungi dan memastikan privasi butiran kedua-dua pihak dengan memaparkan satu set digit rawak dan bukannya nombor telefon sebenar.
  • Teknologi ‘trip monitoring’: Teknologi ini membantu mengesan kemungkinan insiden keselamatan dengan menerima isyarat daripada pelbagai sumber termasuk:
    • status perjalanan.
    • GPS.
    • keadaan trafik.
    • telematik.
    • risikan peta untuk mengesan jika terdapat perhentian yang tidak dirancang, perubahan laluan dan kemalangan kenderaan.

3. Grab juga komited membantu rakan pemandu untuk memandu secara cekap dan lebih selamat.

Solusi Telematic: Grab mempunyai kelebihan dalam mengambil tahu kelajuan, kejadian brek mendadak dan selekoh keras daripada data telematic yang diperoleh melalui pengesan pada telefon mudah alih rakan pemandu.

Berdasarkan telematic ini, rakan pemandu diberikan laporan keselamatan untuk membantu mereka meningkatkan kesedaran tentang sebarang tingkah laku pemanduan tidak selamat, serta menawarkan insentif kepada mereka yang mengamalkan tabiat pemanduan yang lebih selamat.

Ia juga bagus untuk memahami dan diingatkan mengenai ciri-ciri keselamatan ini. Saya menyertai platform ini pada tahun 2017 dan kebanyakan ciri-ciri ini sudah pun menjadi sebahagian daripada aplikasi tersebut. Sebagai seorang ibu tunggal, saya menyertai platform ini kerana fleksibilitinya dan ciri-ciri keselamatan yang disediakan memberi jaminan semasa bekerja

Azlina Binti Md Shukri, yang telah menjadi rakan pemandu Grab sejak wabak Covid-19.

“Grab komited untuk menetapkan piawaian bagi insiden yang boleh dicegah dalam industri. Dengan melaksanakan langkah keselamatan ini, Grab bertekad untuk mewujudkan persekitaran yang lebih selamat untuk penumpang dan rakan pemandu.

“Grab akan terus berinovasi dan bekerjasama dengan rakan-rakan lain untuk menggalakkan keselamatan dan sekuriti, dan menerajui industri dalam menetapkan piawaian untuk mencegah insiden”, tambah Adelene lagi.


Nota Kaki

#SisBoleh ialah kempen pemerkasaan wanita bertujuan mengiktiraf, menyokong dan memberi motivasi kepada wanita yang sedang bergiat di platform Grab sebagai rakan pemandu. Untuk maklumat lanjut, sila klik SINI.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd