Now Reading
Maxis & MARDI Bekerjasama Terokai Pemodenan Pertanian

Maxis & MARDI Bekerjasama Terokai Pemodenan Pertanian

Untuk rekod, Maxis sebelum ini pernah bekerjasama dengan MARDI pada tahun 2019 untuk penyelesaian teknologi canggih yang dikuasakan oleh NB-IoT Maxis.

maxis mardi

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Dengan kepesatan teknologi yang terus mewujudkan peluang besar dalam pelbagai industri utama, Maxis bekerjasama dengan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) bagi membangunkan penyelesaian berasaskan pertanian dan agromakanan.

Kedua-dua pihak akan memanfaatkan keupayaan masing-masing untuk meintegrasikan kejuruteraan dan ICT dalam projek-projek bagi industri pertanian yang mampan serta berdaya saing.

Untuk merasmikan kerjasama ini, satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara Maxis dan MARDI baru-baru ini di Menara Maxis.

Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr. Mohamad Zabawi Abdul Ghani, mewakilkan pihak MARDI untuk menandatangani MoU tersebut, manakala Maxis diwakili oleh Pemangku Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan, Claire Featherstone.

Sektor pertanian terus menjadi salah satu enjin pertumbuhan terpenting bagi ekonomi negara. Kerjasama kami dengan Maxis adalah tepat pada masanya kerana kami menantikan pemodenan amalan pertanian melalui pelaksanaan pendekatan baharu yang berdasarkan teknologi moden dan pembangunan mampan. Ini sekaligus selaras dengan IR4.0 dan Matlamat Pembangunan Lestari 2030.

Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr. Mohamad Zabawi Abdul Ghani.

Sementara itu, Claire Featherstone selaku Pemangku Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis berkata, “Integrasi data dan kesalinghubungan adalah kritikal bagi kemajuan industri, dan terdapat banyak peluang untuk meningkatkan produktiviti serta hasil bagi petani tempatan melalui peningkatan automasi.

“Potensi untuk memodenkan sektor pertanian ini besar, dan Maxis teruja untuk bekerjasama dengan MARDI untuk membangunkan serta merintis penyelesaian pintar melalui aplikasi Internet of Things (IoT) dan lebar jalur yang lebih tinggi untuk meningkatkan amalan pertanian harian.”


Maxis & MARDI Ingin Lancarkan Teknologi Kepada Usahawan Pertanian

Sebagai perintis, Maxis dan MARDI akan mengusahakan ketepatan pertanian untuk halia di kemudahan MARDI di seluruh negara.

Mereka bakal menggunakan sistem automatik untuk menggunakan fertigasi dengan baja titisan, analisis data besar, serta pengawasan 24/7.

Projek rintis ini bertujuan untuk melancarkan teknologi kepada lebih 400 orang usahawan pertanian halia bagi meningkatkan kecekapan serta melengkapkan MARDI dengan data berguna mengenai cara menggunakan teknologi dalam menangani cabaran sekuriti makanan.

Untuk rekod, Maxis sebelum ini pernah bekerjasama dengan MARDI pada tahun 2019 untuk penyelesaian teknologi canggih yang dikuasakan oleh NB-IoT Maxis bagi membantu meningkatkan hasil, kecekapan sumber dan kualiti penanaman anggur yang dihasilkan di Taman Agro MARDI di Langkawi.

Ini membolehkan petani memantau keadaan tanaman mereka dari jauh melalui aplikasi mudah alih. Kerjasama itu juga merupakan salah satu Projek Demonstrasi 5G negara ketika itu.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd