Now Reading
Maxis Tawar Percuma 1 Juta Pas Perlawanan Tunggal Sooka Bagi FIFA World Cup Qatar 2022

Maxis Tawar Percuma 1 Juta Pas Perlawanan Tunggal Sooka Bagi FIFA World Cup Qatar 2022

Pas percuma boleh ditebus melalui aplikasi Maxis dan Hotlink bermula 20 November hingga 18 Disember, termasuk data percuma untuk strim kesemua 64 perlawanan secara langsung.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Dengan kurang dari dua minggu sehingga acara sukan global yang berlangsung di Qatar, Maxis membawa aksi perlawanan kepada peminat di mana-mana sahaja, dalam semua cara.

Sebagai sebahagian daripada kempen #SebolaSuara, Maxis menawarkan satu juta pas percuma perlawanan langsung sooka bagi World Cup Qatar 2022 untuk ditebus oleh pelanggannya, termasuk untuk strim mana-mana daripada 64 perlawanan secara langsung.

Dari 20 November hingga 18 Disember, pelanggan Maxis Postpaid, Hotlink Postpaid, Hotlink Prepaid dan Maxis Home Fibre boleh menebus pas melalui kedua-dua aplikasi Maxis dan Hotlink dengan mencari kod unik yang dihasilkan setiap hari.

Pas percuma ini sah untuk satu perlawanan pilihan pelanggan untuk setiap hari atas dasar siapa cepat, dia dapat.

Pelanggan Maxis Postpaid dan Hotlink juga boleh mendapatkan Pas Internet Mudah Alih 10GB untuk digunakan di sooka selama 30 hari selepas penebusan.

Di samping itu, setiap pas perlawanan langsung dilengkapi dengan data tambahan berkelajuan tinggi 1GB untuk pengalaman tontonan yang terbaik.

Setiap empat tahun, rakyat Malaysia berkumpul untuk menyokong pasukan kegemaran mereka dalam acara sukan global yang dinanti-nantikan ini. Kami teruja untuk membawa World Cup Qatar 2022dengan lebih dekat kepada Rangkaian Maxis melalui pas perlawanan percuma dan pemberian data kami. Semua pelanggan Maxis Postpaid, Maxis Home Fibre dan Hotlink Postpaid juga boleh menikmati tawaran menarik untuk mendapat peranti terkini untuk menonton permainan, serta mengikuti aksi bola speak dengan keluarga dan rakan-rakan.

Loh Jeh Kiat, Ketua Pegawai Pemasaran Maxis.

Maxis juga melancarkan kempen 5G Device Sale – menawarkan tawaran menarik untuk peranti 4G dan 5G. Pelanggan baharu dan sedia ada postpaid boleh menarik taraf kepada telefon pintar 5G terkini daripada serendah RM49, yang terdiri daripada jenama seperti Samsung, honor, OPPO dan vivo.

Sementara itu, pelanggan baharu dan sedia ada yang mendaftar untuk pelan Maxis Home Fibre 300Mbps juga boleh menikmati tawaran hebat untuk TV pintar Samsung 65” daripada hanya RM50/bulan melalui pelan ansuran Zerolution.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran #SebolaSuara dan 5G Device Sale, boleh terus [KLIK SINI].


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd