Now Reading
Ini Panduan Mudah Untuk Bina Network Menerusi Aplikasi LinkedIn

Ini Panduan Mudah Untuk Bina Network Menerusi Aplikasi LinkedIn

Langkah paling penting sebelum nak bina connection di LinkedIn, pastikan profil anda dilengkapi dengan setiap maklumat penting seperti nama, headline, about, experience, dan sebagainya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Zaman sekarang ini, semuanya berada di hujung jari. Nak cari pengasuh anak, bibik untuk bersihkan rumah, tukang baiki paip, segala jenis tukanglah, semuanya boleh ditemui secara di atas talian sahaja. Nak jual perabot terpakai pun boleh.

BACA SINI: Nak Pindah Rumah Baru? Gudang Perabot Di Kampung Melayu Subang Ini Ada Barang Rare!

Malah, jangan terkejut kalau terjumpa pasangan yang bertemu di atas talian!

Sama juga jika anda ingin mencari pekerjaan. Kalau anda rasa sudah tiba masanya untuk anda ‘move on’ daripada kerja lama mungkin kerana terlalu selesa, ataupun tiada ‘career growth’, boleh mula berjinak-jinak dengan aplikasi LinkedIn.

BACA JUGA: Nak Mohon Kerja Tapi Salinan PMR/SPM Hilang? Ini Cara Dapatkan Semula Sijil

Tapi sebelum itu, penting untuk anda ketahui bahawa LinkedIn ini bukanlah sekadar aplikasi untuk mencari pekerjaan semata-mata. Ia adalah medium yang digunakan untuk membina connection. Pendek kata, ‘networking’.


Bina Online Network Di LinkedIn

Lihat perkongsian @thegrxyvibe menerusi Twitter ini tentang bagaimana anda boleh bina online network menerusi aplikasi LinkedIn. Tak susah pun, tapi anda boleh bermula dari sekarang.

Untuk langkah pertama, pastikan profil LinkedIn anda lengkap dengan:

  • Nama.
  • Headline.
  • About.
  • Experience.
  • Education.
  • Skills.
  • Projects.
  • Awards.
  • Language.

Untuk langkah kedua, cari syarikat idaman anda. Bagaimana caranya?

Ia mengikut kepada minat masing-masing. Ada yang mungkin berminat untuk bekerja dengan syarikat e-Commerce, oil and gas, media, agensi, fintech, design, dan sebagainya. Pilih sahaja dan anda juga boleh ikuti kemas kini syarikat berkenaan.

BACA JUGA: Pengguna Twitter Kongsi Ciri-ciri Resume Untuk Tawan Hati Syarikat

Untuk langkah ketiga, klik ‘My Network’ dan taip di ‘Search Bar’. Cari orang yang boleh networking dengan kita. Tak kiralah siapa jua individu itu. Anda boleh taip:

  • VP.
  • Founder.
  • CEO (Jika syarikat kecil).
  • Creative Director (Jika anda seorang designer).

Seterusnya, klik ‘People’ sebab kita nak cari Profil. Selepas itu klik ‘Current Company’ dan taip nama syarikat pilihan hati anda.

Akan ada beberapa profil yang tersenarai, anda tengok yang mana paling aktif dan boleh mula Google nama mereka. Kebiasaannya, individu berpangkat tinggi pernah menghadiri temu bual bersama portal media di luar sana. Jika anda terjumpa apa-apa artikel mengenai mereka, BACA.

Buat research sikit, jangan malas!

Bila dah jumpa ‘point’ untuk mesej individu tersebut, bolehlah draf dahulu dan jangan lupa semak dahulu sebelum menghantar mesej di LinkedIn. ‘Fact-checking’ itu penting, ya!

Dan seterusnya, anda mungkin akan menerima mesej maklum balas yang positif daripada individu tersebut walhal pada mulanya anda hanya berniat untuk membina connection, bukannya mencari kerja.

Kan rezeki namanya tu. Tak salah untuk mencuba.

Luck is when preparation meets opportunity.

@thegrxyvibe menerusi Twitter

Benar, perkara ini bunyinya macam renyah untuk dimulakan. Tapi sebaik sahaja anda mula, connection anda akan bertambah dan suatu hari nanti ia akan memudahkan urusan anda untuk mencari pekerjaan yang sesuai dengan bidang anda.

Good luck. 🙂


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd