Now Reading
Maxis Sokong Bisnes Lokal Sempena Deepavali Ini

Maxis Sokong Bisnes Lokal Sempena Deepavali Ini

Kempen Deepavali Maxis memberi tumpuan kepada perniagaan tempatan berbangsa India melalui percepatan digital untuk meningkatkan peluang pendapatan mereka semasa musim perayaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Secara tradisinya, Deepavali membolehkan peniaga dan usahawan meningkatkan peluang pendapatan melalui aktiviti membeli-belah sebelum perayaan tersebut.

Untuk musim perayaan ini, kempen Deepavali Maxis “Light Up Possibilities” memberi tumpuan kepada lebih 100 perniagaan tempatan bangsa India dengan percepatan digital.

Untuk setiap perniagaan, Maxis akan memaparkan iklan radio dan TV di Astro Ragaa dan pelbagai saluran Tamil di Astro, kad perniagaan maya yang dihoskan di laman web Maxis yang akan membawa pembeli terus ke saluran perniagaan masing-masing dan menggalakkan sokongan untuk perniagaan-perniagaan ini melalui YouTube, Facebook dan Instagram Maxis serta Astro.

Maxis menjemput rakyat Malaysia untuk membeli-belah bagi menyokong perniagaan tempatan, sambil menikmati pilihan pakaian, makanan & minuman, hiasan, barangan rumah, serta seni dan kraf.

Musim perayaan sangat penting kepada Maxis, kerana ia memberi kami peluang untuk memberi penghormatan khas kepada masyarakat. Oleh itu, dengan meraikan semangat keusahawanan dan peranan mereka dalam ekonomi, kami berbesar hati kerana dapat memainkan peranan dalam menyediakan peluang bagi perniagaan kecil untuk meningkatkan mata pencarian mereka melalui pendedahan kepada media. Dengan menggabungkan teknologi dan tradisi, kami komited untuk membolehkan komuniti untuk Terus Menerajui.

Loh Keh Jiat, Ketua Pegawai Pemasaran, Maxis.

Maxis Lancar Filem ‘Inaivom Inaippom’

Maxis juga akan melancarkan filem, ‘Inaivom Inaippom’, untuk menggambarkan bagaimana peluang-peluang dapat menyalakan komuniti apabila kita berkongsi berkat.

Selain itu, sebuah video muzik khas akan dikeluarkan sebagai sebahagian daripada sambutan Deepavali.

Bersempena dengan musim perayaan ini, Maxis akan menjalankan program eKelas Usahawan edisi Deepavali untuk usahawan baharu ini di Menara Maxis pada bulan November.

eKelas Usahawan ialah program pemasaran digital berstruktur yang bertujuan untuk membantu usahawan membangunkan kehadiran digital yang lebih kukuh. Ia terdiri daripada siri bengkel pemasaran digital tanpa sebarang kos, dengan pendekatan praktikal dan amali.

Ini membolehkan peserta mempelajari alat dan kemahiran digital untuk membantu mereka mengembangkan perniagaan masing-masing, sekaligus mengembangkan peluang pendapatan mereka. Sementara itu, sesi webinar juga berlangsung dan terbuka kepada semua orang.

Untuk mendaftar, anda boleh KLIK SINI.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd