Now Reading
Rider airasia Super App Kini Diiktiraf Sebagai ‘Allstars’, Tawar Gaji Minimum RM3,000

Rider airasia Super App Kini Diiktiraf Sebagai ‘Allstars’, Tawar Gaji Minimum RM3,000

Semua penunggang airasia food dan airasia xpress akan diambil bekerja secara sepenuh masa, berkuat kuasa serta-merta.

airasia rider

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Berita baik buat rider airasia Super App di luar sana!

Hari ini (4 Ogos), platform pelancongan & gaya hidup paling pesat berkembang di rantau ini, airasia Super App telah menjadi yang pertama di Asia untuk menawarkan pekerjaan sepenuh masa untuk para penunggang gig.

Ia merupakan sebahagian daripada komitmennya dalam memberikan mereka persekitaran kerja lebih baik dan kestabilan pekerjaan, di samping meningkatkan peluang pendapatan untuk mereka.

Kesemua penunggang airasia food menunggu giliran untuk menerima tag daripada Tony sebagai salah seorang allstar.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Kesemua Rider Di Bawah Payung airasia Kini Diambil Bekerja Sepenuh Masa

Semua penunggang airasia food dan airasia xpress akan diambil bekerja secara sepenuh masa, berkuat kuasa serta-merta.

Perkara ini membolehkan mereka untuk menikmati rangkaian penuh manfaat sebagai Allstar (pekerja rasmi dan sepenuh masa di bawah Capital A), termasuklah:

  • KWSP
  • PERKESO
  • Perlindungan perubatan yang juga dapat dimanfaatkan oleh pasangan dan anak-anak
  • Cuti tahunan
  • Faedah perjalanan seperti skim Penerbangan AirAsia ID90 dan e-kupon
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Ini adalah tambahan kepada pendapatan terjamin sehingga RM 3,000 sebulan, latihan eksklusif penunggang airasia serta perlindungan kemalangan peribadi percuma. Para penunggang layak memperoleh insentif tambahan berdasarkan prestasi mereka.

(Sumber: Siti Murni/TRP)

Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan para penunggang gig ini ke dalam keluarga besar kami. Seperti yang diketahui ramai, airasia sentiasa mengutamakan ahli masyarakat, dan kami percaya bahawa mereka adalah aset terbesar kami. Ini terpakai di semua unit perniagaan Capital A, termasuklah airasia Super App. Sama seperti pengendali bagasi, krew kabin dan juruterbang kami adalah tulang belakang perniagaan penerbangan kami, pekerja gig ini adalah wira dalam operasi penghantaran kami. Kami tidak percaya pada kakitangan kontrak dan kini akan bergerak ke arah menggaji semua penunggang sebagai pekerja sepenuh masa, menerima faedah yang sama yang diterima oleh setiap Allstar, di samping faedah terbaik daripada airasia food & airasia xpress masing-masing.

Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A.

Mengulas lanjut, Tony menjelaskan bahawa selama bertahun-tahun airasia telah mencipta puluhan ribu peluang pekerjaan di seluruh rantau ini.

“Dengan pengembangan kami sebagai sebuah platform aplikasi super, kami juga bergantung pada perkhidmatan penting pekerja gig untuk perkhidmatan gaya hidup seperti penghantaran makanan & bungkusan.

“Memberi pekerjaan sepenuh masa kepada penunggang gig kami adalah lebih daripada sekadar menawarkan faedah Allstar kepada mereka; ia adalah tentang menambah nilai kepada kehidupan dan laluan kerjaya mereka, membolehkan mereka untuk berimpian dan menjadikan impian itu kenyataan.

“Dengan menjadi pekerja sepenuh masa, mereka adalah sebahagian daripada ekosistem Capital A yang lebih besar, di mana mereka akan mempunyai peluang untuk meneroka dan mengembangkan kerjaya mereka dengan lebih lanjut.

“Daripada penunggang penghantaran, mereka boleh menjadi krew kabin, juruterbang, penganalisis data, ahli pemasar digital, menjadi sebahagian daripada pejabat korporat dan banyak lagi,” jelas Tony dalam satu kenyataan di majlis perasmian airasia ride, sebentar tadi.


Rider airasia food, Muhammad Redzuan Mohammed Afni Luah Rasa Syukur

rider airasia
Muhammad Redzuan sebelum ini pernah bertugas sebagai rider kepada syarikat penghantaran makanan, Grab Food sebelum memulakan kariernya sebagai seorang allstar.
(Sumber: airasia)

Sementara itu, penunggang airasia food, Muhammad Redzuan Mohammed Afni yang ditawarkan pekerjaan sepenuh masa baru-baru ini meluahkan, “Menjadi sebahagian daripada keluarga Allstars merupakan satu keistimewaan dan saya berbangga untuk menjadi sebahagian daripada syarikat yang menjaga kakitangannya dengan baik.

“Kini, saya mampu menarik nafas lega kerana mengetahui saya dapat menjalankan perkhidmatan penghantaran saya dengan pendapatan yang terjamin, kestabilan pekerjaaan, dan faedah lain yang membolehkan saya untuk menyara keluarga dan mendapatkan taraf hidup yang lebih baik.”

(Sumber: Siti Murni/TRP)

Untuk pengetahuan umum, airasia food kini menawarkan perkhidmatannya di Malaysia, Singapura, Thailand, dan Indonesia, manakala perkhidmatan penghantaran airasia xpress kini tersedia di Malaysia, Singapura, dan Thailand.

Individu yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada pasukan penghantaran airasia boleh mendaftar melalui halaman ini


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd