Now Reading
Grab Malaysia Dalam Misi ‘Buru’ Lejen Dalam Kalangan Rakan Grab

Grab Malaysia Dalam Misi ‘Buru’ Lejen Dalam Kalangan Rakan Grab

Mulai 19 Julai hingga 30 September 2022, pengguna Grab boleh menghantar kisah mereka yang menyentuh hati sebagai pencalonan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Seperti kata pepatah “Bukan semua adiwira memakai mantel” dan ini benar bagi pencarian Grab Lejen tahun ini.

Inisiatif tahunan Grab Malaysia ini memberi penghormatan dan ganjaran kepada rakan pemandu dan penghantar Grab yang telah melakukan sesuatu di luar tuntutan tugas mereka untuk berkhidmat kepada rakyat.

Bersempena dengan ulang tahun ke-10 Grab, pencarian wira-wira kesayangan tahun ini akan dibuat sepenuhnya melalui sumber khalayak yang bermakna pengguna Grab dapat menghantar kisah benar mereka sendiri yang menyentuh hati sebagai pencalonan.

Mulai 19 Julai hingga 30 September 2022, pengguna Grab akan dapat menghantar kisah mereka yang menyentuh hati sebagai pencalonan melalui https://grb.to/grablejen2022.

Pengguna Grab kemudiannya boleh mengundi “lejen” kegemaran mereka yang berjaya menawan hati rakyat Malaysia bermula 15 Oktober hingga 15 November 2022.

Sejak pelancarannya tahun lepas, kami telah melihat perlakuan ihsan luar biasa daripada rakan pemandu dan penghantar kami. Kisah-kisah menyentuh hati dan penuh belas kasihan seperti ini umpama nafas segar dan bukti sebenar sifat rakan Grab kami yang tidak mementingkan diri, walaupun mereka mengalami kesukaran dalam kehidupan seharian. Mereka masih mampu bersikap baik kepada orang di sekeliling tanpa mementingkan diri. Sebagai sebuah syarikat tempatan berusaha untuk mewujudkan impak sosial positif, kami didorong oleh rakan Grab dan ingin terus mengiktiraf dan seterusnya menggalakkan tindakan berhemah ini untuk tahun-tahun akan datang.

Rashid Shukor, Pengarah Operasi dan Mobiliti Negara, Grab Malaysia.

Pemenang Grab Lejen Tahun 2021

Pemenang Grab Lejen tahun lepas Rizuam Abd. Karim menyuarakan sentimen Rashid, “Saya gembira Grab memutuskan untuk meneruskan Grab Lejen tahun ini. Dunia memerlukan sesuatu yang positif dan ia bermula daripada kita.

“Apabila seseorang melakukan perbuatan baik, orang seterusnya juga akan melakukan tindakan sama dan inilah cara tindakan positif disebarkan. Jika saya boleh melakukannya, sudah tentu sesiapa sahaja boleh melakukannya.”

Kisah Rizuam menjadi tajuk utama pada tahun 2020 apabila diketahui bahawa dia menghabiskan masa berjam-jam menghantar pesanan walaupun mengalami masalah pendengaran – yang tidak menjadi penghalang buatnya.

Jelasnya lagi, “Saya sangat gembira kerana sebagai rakan Grab, saya dapat membantu orang di sekeliling saya dan melihat sumbangan saya kepada masyarakat.”


Memperkasa Rakan Grab Di Belakang Tabir

Inisiatif Grab Lejen hanyalah sebahagian daripada komitmen Grab untuk impak sosial yang positif di samping memberi penghormatan kepada rakan Grab yang telah menunjukkan teladan dan tindakan perkhidmatan luar biasa.

Grab sentiasa mencari jalan untuk membantu semua rakan Grab menyimpan dan berkembang melalui platform dengan program GrabBenefits. Ia adalah program yang bertujuan menambah baik kehidupan rakan Grab melalui tiga kategori utama:

  • Perlindungan
  • Penjimatan
  • Akademi

Faedah seperti rebat petrol, diskaun penyelenggaraan kenderaan, perlindungan insurans dan program peningkatan kemahiran membolehkan mereka menjimatkan perbelanjaan harian, mendapat perlindungan yang diperlukan dan melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan semasa mereka memperoleh pendapatan.

Sejak 10 tahun lalu, komuniti rakan Grab kami telah menjadi nadi kepada semua yang Grab lakukan dan kami komited untuk terus menyokong mereka ketika mereka gigih memperoleh pendapatan melalui platform Grab. GrabBenefits merupakan salah satu cara menyokong mereka yang berdedikasi dan memperkasakan mereka dengan sumber untuk memudahkan kehidupan mereka. Melalui Grab Lejen, kami berhasrat memberi penghormatan kepada wira-wira kehidupan sebenar yang layak mendapat pengiktirafan. Kami berharap untuk terus membina komuniti rakan Grab sihat yang menyentuh kehidupan orang di sekeliling, dan dengan berbuat demikian, memperkasakan mereka untuk menjadi penggalak impak sosial yang positif. Beginilah sebenarnya bagaimana legenda dilahirkan.

Rashid Shukor, Pengarah Operasi dan Mobiliti Negara, Grab Malaysia.

Untuk maklumat lanjut tentang Grab Lejen, anda boleh KLIK SINI.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd