Now Reading
Maxis eKelas HIP English StoryFest Wujud Untuk Meluaskan Pendedahan Bahasa Inggeris

Maxis eKelas HIP English StoryFest Wujud Untuk Meluaskan Pendedahan Bahasa Inggeris

Pertandingan eKelas HIP English StoryFest telah diperkenalkan pada tahun 2019 dengan menawarkan pelajar pengalaman interaktif serta akses kepada bimbingan secara maya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pertandingan tahunan popular Maxis eKelas Highly Immersive Programme (HIP) English Storyfest Maxis eKelas kini kembali untuk tahun keempat dengan cabaran baharu dan menarik bagi menginspiraskan pelajar Tahun 4 hingga Tingkatan 5.

Pertandingan ini bertujuan memperkayakan pembelajaran sambil memberi peluang untuk membina keyakinan dan kemahiran komunikasi pelajar.

Pendaftaran kini dibuka sehingga 31 Ogos di LINK INI.

HIP diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) pada 2016 untuk meningkatkan penguasaan dan pendedahan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar melalui aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah.

Sejak 2019, eKelas telah diiktiraf oleh KPM di bawah inisiatif HIP – di mana pelajar eKelas yang menyertai pertandingan itu boleh mengumpul markah kokurikulum disertakan dalam sijil persekolahan mereka.

Pertandingan eKelas HIP English StoryFest menyediakan pengalaman yang mendalam untuk membantu pelajar mempelajari Bahasa Inggeris dengan cara yang menarik dan menyeronokkan serta melengkapkan akademik mereka di sekolah. Setiap tahun, kami berbesar hati dengan peningkatan bilangan penyertaan yang kini telah melebihi 3,500. Kami akan terus membawa kandungan digital terbaik kepada pelajar terutamanya dari masyarakat luar bandar dan berharap lebih ramai pelajar menyertai pertandingan tahun ini.

Mariam Bevi Batcha, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat, Maxis.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Education Malaysia Dr Faizulizami Binti Osmin turut mengatakan, “Kami mengalu-alukan inisiatif daripada Maxis eKelas untuk menyokong Program Imersif Tinggi Kementerian Pendidikan.

“Ia memberi pelajar platform yang berbeza di luar persekitaran sekolah untuk berlatih berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, terutamanya apabila mereka boleh berinteraksi dengan pelajar dari sekolah lain.

“Saya menggalakkan para guru untuk memotivasikan murid mereka untuk menyertai pertandingan dan mendapat manfaat daripada peluang pembelajaran tambahan yang disediakan,” jelasnya.

Pelancaran pertandingan secara maya baru-baru ini telah dihadiri oleh lebih daripada 750 pemimpin, guru dan pegawai daerah di seluruh Malaysia.

Kemuncak acara interaktif itu ialah bengkel bercerita dikendalikan oleh KL Shakespeare Players – memberi gambaran tentang beberapa siri bengkel untuk menyokong pelajar.

Para guru juga mengadakan sesi perkongsian tentang pengajaran Bahasa Inggeris dengan cara yang menyeronokkan serta petua untuk membimbing pelajar mereka menghantar penyertaan terbaik untuk pertandingan tersebut.


Pertandingan eKelas HIP English StoryFest bermula tahun 2019.

Untuk rekod, pertandingan eKelas HIP English StoryFest telah diperkenalkan pada tahun 2019 dengan menawarkan pelajar pengalaman interaktif serta akses kepada bimbingan secara maya melalui kandungan, bengkel dan latihan untuk meningkatkan keyakinan mereka.

Abang Portal (Pengurus Komuniti) juga sedia untuk membimbing pelajar dengan soalan dan kandungan yang tersedia.

eKelas adalah sebuah program komuniti perdana Maxis yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar di luar bandar.

Inisiatif pembelajaran digital sekolah yang terbuka bagi pelajar Tahun 4 hingga Tingkatan 5 ini menawarkan cara belajar yang menyeronokkan melalui akses kandungan pendidikan berkualiti percuma, selaras dengan Sukatan Pelajaran Malaysia.

Program ini memfokuskan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, dan menggabungkan pembelajaran berasaskan pengalaman melalui gabungan tutorial secara langsung, pembelajaran berkumpulan, pertandingan dan kandungan digital melalui portal dan aplikasi eKelas.

eKelas hari ini menyediakan pengalaman pembelajaran digital yang lengkap, termasuk pertandingan STEM untuk pengekodan, pertandingan menulis esei, kemahiran berfikir kreatif dan mereka bentuk.

Pendaftaran pertandingan dan akses kepada bengkel percuma kini dibuka untuk pelajar sehingga 31 Ogos depan. Anda boleh klik terus LINK INI.

BACA JUGA: Team Maxis Kumpul Dana Bantu Komuniti Terjejas Banjir. Terbaik!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd