Now Reading
Ini Cara Mudah Untuk Dapatkan Nombor Giliran Guna Aplikasi JPJeQ. Tak Perlu Beratur Panjang!

Ini Cara Mudah Untuk Dapatkan Nombor Giliran Guna Aplikasi JPJeQ. Tak Perlu Beratur Panjang!

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia memperkenalkan sistem penggiliran dalam aplikasi JPJeQ bagi melakukan sebarang urusan di kaunter.

JPJeQ

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila ada urusan di pejabat kerajaan, leceh betul bila kena beratur panjang. Contohnya bila nak perbaharui pasport dan lesen. Berjam-jam juga kena tunggu.

Dengan adanya teknologi zaman kini, sistem penggiliran di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah ditambah baik untuk memudahkan urusan orang ramai.

JPJ telah memperkenalkan sistem penggiliran atas talian menggunakan aplikasi JPJeQ bagi melakukan sebarang urusan di kaunter.

Aplikasi JPJeQ ini telah pun dilancarkan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pada awal tahun 2021.

Macam mana nak guna?

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter (AS) telah berkongsi beberapa langkah mudah untuk menggunakan sistem penggiliran secara atas talian bagi sebarang urusan di JPJ.

Kalau anda ada urusan di JPJ, boleh muat turun siap-siap aplikasi JPJeQ ini di Google Play Store atau Apple App Store.

Bila dah ada aplikasi JPJeQ dalam telefon pintar anda, ikuti langkah-langkah berikut untuk mendapatkan nombor giliran secara atas talian.

  • Semak cawangan JPJ yang terdekat.
  • Pergi ke cawangan JPJ tersebut dan imbas QR kod yang tertera.
  • Pilih perkhidmatan yang ingin dilakukan.
  • Anda akan terima notifikasi tentang nombor giliran sekiranya sudah dipanggil di kaunter.
Sumber: Twitter/AS

Bagus juga ada sistem oleh JPJeQ. Tak perlu buang masa berjam-jam untuk tunggu giliran. Dengan cara ini, bolehlah kita buat urusan lain dahulu sementara menunggu nombor giliran.

Harapnya dengan sistem penggiliran ini dapat memudahkan lagi urusan orang ramai dan dimanfaatkan dengan betul.

Jangan pula leka menunggu giliran sehingga terlupa ada urusan yang tidak selesai di JPJ.

BACA JUGA: JPJ Umum Waktu Terhad Kenderaan Berat Masuk KL, Terutama Pada Waktu Puncak


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd