Ini Cara Renew Lesen Memandu Secara Online. Sebelum 30 Jun Ya!
Anda hanya perlu menunggu selama 4 hingga 5 hari sahaja dan runner akan datang menghantar lesen baharu anda ke rumah.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Umum sedia maklum, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengingatkan kepada semua pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk memperbaharui lesen memandu sebelum 30 Jun ini.
JPJ memaklumkan bahawa pemegang lesen tersebut melibatkan individu yang telah diberikan pelanjutan tempoh keesahan (kuat kuasa) atau tamat tempoh bermula 13 Januari 2021.
Antara jenis lesen tersebut adalah Lesen Belajar Memandu (LDL) tamat dalam tempoh dua tahun boleh dibuat melalui JPJ dan Pejabat Pos.
Lesen Memandu Percubaan (PDL) melebihi satu tahun dan Lesen Vokasional (PSV/GDL) melebihi tiga tahun hanya di JPJ.
Manakala, Lesen Memandu Kompeten (CDL) melebihi tiga tahun boleh dibuat JPJ, Pejabat Pos dan MyEG.
JPJ boleh mengambil tindakan saman disebabkan tempoh kebenaran untuk tidak memperbaharui lesen sehingga 31 Disember 2021 sahaja. Kalau ditahan selepas 30 Jun 2022, pemilik boleh disaman atas kesalahan tiada lesen memandu.
Kenyataan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

BACA SINI: Last Day To Renew Expired Driving License On 30 June
Cara Renew Lesen Memandu Secara Online. Mudah!
Yang masih belum perbaharui, anda masih mempunyai beberapa hari sahaja lagi sebelum hari terakhir iaitu 30 Jun. Tak susah pun, guna laman web MyEG je!

Seorang pengguna Twitter (@anisssurayaaaa) telah berkongsi cara mudah ini untuk memudahkan lagi kerja pembaharuan lesen anda, proses pun tak mengambil masa yang lama dan langsung tidak merumitkan.
Anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah untuk renew lesen memandu secara online:
- Klik LINK INI.
- Untuk anda yang kali pertama, anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna MyEG.
- Log masuk menggunakan ID & kata laluan yang didaftar.
- Klik ‘Jabatan Pengangkutan Jalan’.
- Klik ‘Perbaharui Lesen Memandu (CDL)’.
- Baca Terma dan Syarat, dan klik ‘teruskan’.
- Isi tempoh berapa lama anda ingin renew.
- Kalau nak lesen dihantar terus ke rumah, boleh klik ‘Delivery’.
- Semak maklumat anda yang sudah diisi, klik ‘Teruskan’.
- Bila dah keluar segala butiran dan gambar anda, klik ‘Teruskan’.
1) Click link ni > https://t.co/hQilGijG7Y
— AS (@anisssurayaaa) June 16, 2022
2) Kalau korang first timer, register dulu sebagai pengguna MyEG
3) Then log in guna ID & password yang korang dah register
4) Click 'Jabatan Pengangkutan Jalan'
5) Click 'Perbaharui Lesen Memandu (CDL)' pic.twitter.com/FObIbkZItV
6) Baca T&C & click 'Teruskan'
— AS (@anisssurayaaa) June 16, 2022
7) Isi korang nak renew berapa lama
8) Kalau korang nak lesen korang dihantar terus ke rumah, click 'Delivery'
9) Check betul betul information yang korang dah isi & click 'Teruskan'
10) Akan keluar gambar korang apa semua, then click 'Teruskan' pic.twitter.com/wpbmyMxqM9
Akhir sekali, pembayaran.
Setel terus. Anda hanya perlu menunggu selama 4 hingga 5 hari sahaja dan runner akan datang menghantar lesen baharu anda ke rumah. Tak perlu susah-susah bersiap, keluar rumah, beratur, menunggu dan menunggu.
Semuanya di hujung jari sahaja.
Kalau nak semak status, KLIK SINI.
11) Buat payment
— AS (@anisssurayaaa) June 16, 2022
Done! Korang tunggu dalam 4 – 5 hari, then nanti runner akan delivery ke rumah korang.
Kalau korang nak check status delivery MyEG, boleh check dekat sini > https://t.co/jN6AfNtY57 pic.twitter.com/gEUYH77KCX
BACA JUGA: Kad Pengenalan Rosak Atau Hilang? Ini Cara Untuk Mohon Gantian Secara Online
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.