Now Reading
Grab Fare Makin Mahal? Ini Penjelasan Pihak Grab Malaysia

Grab Fare Makin Mahal? Ini Penjelasan Pihak Grab Malaysia

Tidak dapat dinafikan, ramai juga yang masih bergantung kepada Grab untuk bergerak ke sana sini setiap hari. Bukan apa, mudah untuk mendapatkan ride berbanding platfrom e-hailing lain.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum tentang isu yang sedang hangat diperkatakan ketika ini iaitu tambang Grab yang dilihat semakin meroket. Tambang perjalanan bukan waktu puncak pun naik sekali ganda, inikan pula pada waktu puncak atau ketika waktu hujan.

Ramai juga yang mula beralih kepada platform penyedia e-hailing lain seperti:

  • AirAsia Ride.
  • Maxim.
  • inDriver.

Tapi malangnya, di sekitar Lembah Klang sememangnya masih kekurangan pemandu untuk kesemua platform di atas. Pilihan terakhir orang ramai pastinya Grab.

Walaupun mahal, tapi terpaksalah naik juga.

Tidak dapat dinafikan, ramai juga yang masih bergantung kepada Grab untuk bergerak ke sana sini setiap hari. Bukan apa, mudah untuk mendapatkan ride berbanding platfrom e-hailing lain.

Yang kena ‘sidai’ dengan Grab pun ada juga. Dah berjam-jam cari ‘rides’, masih tak jumpa.


Pihak Grab Beri Penjelasan

Pihak Grab Malaysia hari ini (24 Mei 2022) telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi untuk mengulas isu kenaikan harga tambang.

Menurut Grab, pihak mereka menjelaskan bahawa mereka tidak membuat sebarang perubahan pada struktur tambang.

Grab menggunakan model harga dinamik untuk memastikan penumpang mendapat perjalanan apabila mereka memerlukannya dan rakan kongsi pemandu mereka diberi pampasan yang adil untuk masa dan usaha mereka.

Apabila lebih ramai orang menempah perjalanan daripada jumlah pemandu yang ada di sesuatu kawasan, tambang akan ‘meningkat’ atau naik untuk menggalakkan lebih ramai pemandu menuju ke tempat penumpang berada.

grab mahal

Turun naik harga yang pengguna kami lihat adalah hasil daripada kekurangan pemandu di jalan raya untuk peningkatan mendadak dalam permintaan perjalanan daripada penumpang kami. Sehingga pertengahan Mei tahun ini, bilangan rakan kongsi pemandu di platform kami masih kurang daripada 70% daripada pra-pandemik.

Kenyataan rasmi oleh Grab Malaysia.

Grab turut menekankan bahawa turun naik dalam penawaran dan permintaan ini didorong oleh beberapa faktor.

Antara faktor tersebut adalah:

  • Kita sedang mengalami hari-hari awal peralihan ke fasa endemik. Dalam dua tahun lalu, ramai rakan kongsi pemandu telah menjadi tidak aktif di platform kami disebabkan kebimbangan Covid dan kekurangan permintaan untuk rides. Sementara itu, dengan pemansuhan langkah Covid baru-baru ini, kami telah melihat peningkatan pantas dalam tempahan perjalanan di platform kami. Ini dirangsang lagi oleh tempoh perayaan baru-baru ini.
  • Halangan dalam menyerap pemandu baharu mengakibatkan masa tindak balas yang lebih perlahan untuk mereka dibawa masuk bagi memenuhi peningkatan permintaan mendadak. Pemandu baharu dikehendaki memenuhi pelbagai keperluan kawal selia, seperti latihan selama 6 jam, peperiksaan di sekolah memandu, pemeriksaan kenderaan, pembelian insurans dan mengumpul serta menyerahkan dokumen kepada pelbagai agensi kerajaan untuk diproses. Keadaan ini memberikan halangan kepada rakan-pemandu baharu kami untuk terus memulakan servis mereka sekaligus menjana pendapatan yang telah direka untuk mereka.
  • Akhirnya, kami telah melihat peningkatan yang besar dalam kesesakan lalu lintas. Ini meningkatkan kos (dalam masa dan bahan api) untuk menyediakan setiap rides, sambil pada masa yang sama mengurangkan kapasiti berkesan pemandu untuk menyediakan lebih banyak rides.

Jelas Grab lagi, walaupun mereka berusaha untuk membawa lebih ramai rakan kongsi pemandu, terdapat ketidakpadanan kerana peningkatan dalam permintaan untuk rides mengatasi bilangan pemandu.

Dalam jangka panjang, kami tetap teguh dalam komitmen kami untuk menyediakan tunggangan mampu milik untuk komuniti kami. Walau bagaimanapun, dalam jangka pendek, kami akan berusaha untuk memenuhi semua permintaan.

Kenyataan rasmi oleh Grab Malaysia.

Grab Laksana Beberapa Langkah Untuk Tingkatkan Jumlah Pemandu

  • Tingkatkan insentif buat rakan kongsi pemandu untuk kembali ke jalan raya pada waktu puncak.
  • Subsidi sehingga 100% daripada jumlah kos pematuhan peraturan rakan kongsi pemandu.
  • Tawarkan bonus rujukan sehingga RM300 kepada rakan kongsi pemandu sedia ada untuk merujuk dan membantu rakan kongsi pemandu baharu.
  • Tawaran bonus sehingga RM1,000 kepada mana-mana rakyat Malaysia yang menjadi rakan kongsi pemandu di platform Grab.
  • Bantu rakan pemandu baharu untuk menavigasi pelbagai proses kawal selia daripada pemeriksaan perubatan, latihan, peperiksaan, pemeriksaan kenderaan dan pelesenan.

Cadangan buat pelanggan Grab

  • Rancang perjalanan dan tempah lebih awal daripada biasa.
  • Tempah perjalanan lebih awal dan bersedia apabila pemandu tiba, terutamanya jika mempunyai hal penting.
  • Jangan batalkan perjalanan jika berjaya mendapatkannya walaupun masa menunggu mungkin kelihatan sangat lama.
  • Pelanggan boleh menetapkan amaran melalui ciri ‘Fare Alert‘ dalam aplikasi Grab. Pelanggan akan dimaklumkan jika tambang turun dalam masa 15 minit akan datang.

KLIK SINI untuk maklumat lanjut tentang ‘Fare Alert’.

grab mahal

Kami berharap ketidakseimbangan bekalan dan permintaan ini akan bersifat sementara. Pihak Grab terus menyediakan peralihan yang lebih lancar kepada rakan kongsi pemandu baharu. Kami komited untuk terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa bagi mengatasi halangan rakan kongsi pemandu kami, supaya lebih ramai lagi boleh terus memperoleh pendapatan melalui e-hailing dan memenuhi keperluan perjalanan harian semua orang.

Kenyataan rasmi oleh Grab Malaysia.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd