Beli Barang ‘Online’ Tapi Lambat Sampai? Anda Boleh Fail Aduan Kepada SKMM
Menerusi borang yang dikeluarkan oleh pihak SKMM, anda hanya perlu mengisi beberapa maklumat aduan dan boleh terus hantar.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Tidak dinafikan ketika bermulanya pandemik Covid-19 sekitar dua tahun lalu, rakyat Malaysia dilihat lebih cenderung menggunakan kaedah pembelian barangan secara di atas talian (online).
Mana tidaknya, dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh pihak kerajaan setelah beberapa kali sememangnya menyukarkan orang ramai untuk mendapatkan barangan keperluan oleh kerana tidak dapat keluar rumah.
Jadi, online shopping lah jawapannya.

Tapi stress juga kalau barang asyik sampai lambat.
Bila cek ‘tracking number’, barang itu seolah-olah masih tersekat di sorting facility. Masa berjalan, hampir berminggu pun masih belum terima.
Aih, baik pergi keluar dan beli sendiri kalau macam inilah gayanya.

Barang lambat sampai, boleh fail aduan
Jangan risau, jika anda berhadapan masalah di mana penyedia perkhidmatan penghantaran mengambil masa yang terlalu lama untuk menghantar barangan anda daripada lokasi mereka, anda boleh memfailkan aduan terus kepada pihak berkuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Bagaimana caranya? Mudah.
- Buka laman ADUAN SKMM
- Pilih Jenis Aduan kepada Complaint
- Pilih Jenis Perkhidmatan kepada Postal/Courier Services
- Pilih kategori Postal & Courier Service
- Pilih subkategori Late Delivery
Setelah itu, pilih nama pembekal perkhidmatan penghantaran (J&T, Pos Laju, DHL, Ninjavan dan lain-lain), dan pelbagai nama penyedia perkhidmatan yang lain.

Di bawah borang berkenaan pula, anda hanya perlu mengisi beberapa maklumat aduan dan boleh terus hantar kepada pihak SKMM.
Mudah dan cepat.
Lepas ini tak perlu risau lagi kalau barang lambat sampai, cuba untuk berikan pembekal perkhidmatan penghantaran itu sedikit masa, kalau terlampau lambat, boleh terus buat aduan. Okay?
BACA JUGA: Tips Untuk Pastikan ‘Password’ Akaun Dalam Talian Selamat
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.