Now Reading
Tips Untuk Pastikan ‘Password’ Akaun Dalam Talian Selamat

Tips Untuk Pastikan ‘Password’ Akaun Dalam Talian Selamat

Antara tips penting daripada Google Malaysia adalah: Cipta kata laluan anda sekurang-kurangnya 12 aksara panjang. Kata laluan yang panjang adalah lebih kuat.

password

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Zaman sekarang ini memang sukar untuk individu mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah scam. Mana tidaknya, kesemua akaun dalam talian pastinya mempunyai kata laluan yang telah ditetapkan.

Walau bagaimanapun, masih ada pihak tidak bertanggungjawab yang akan menggodam akaun dalam talian anda.

BACA JUGA: Pengguna Twitter Dedah ‘Job Scam’ Dengan Cara Muat Naik Software. Memang Licik!

Terutamanya, akaun perbankan. Sebab itulah banyak kes kehilangan wang dan sebagainya telah dilaporkan kepada pihak bank dan PDRM.

Oleh itu, untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku kepada diri sendiri, pengguna akaun dalam talian disarankan untuk mengetahui cara-cara yang betul untuk menetapkan kata laluan dalam talian.

password
Sumber: Association For Entrepreneurship USA.

Google Malaysia beri panduan.

Menurut Google Malaysia, kata laluan yang biasanya digunakan pada tahun 2021 adalah “123456”.

Oleh itu, sejajar dengan Hari Kata Laluan Sedunia yang baru berlangsung pada 5 Mei lalu, pihak Google menggalakkan orang ramai untuk mengambil masa beberapa minit dan menggunakan Pengurus Kata Laluan Google untuk mencipta dan mengurus kata laluan yang lebih selamat.

Di Malaysia, carian untuk Pengurus Kata Laluan telah meningkat lebih 400% dari tahun ke tahun.

password

Ianya sangat membanggakan untuk melihat rakyat Malaysia kini lebih peka tentang perlindungan kata laluan dan atas sebab kukuh: mencipta kata laluan unik dan mengingati kesemuanya boleh menjadi sesuatu yang mencabar.

Berikut adalah beberapa aliran carian tahun ke tahun tentang perlindungan kata laluan yang didapati di Malaysia:

  • Semakan Kata Laluan: meningkat sebanyak +10%
  • Verifikasi 2 langkah: meningkat sebanyak +60%
  • Pelanggaran data: meningkat sebanyak +10%

10 tips untuk pastikan password anda selamat

Sumber: Google Malaysia
  1. Cipta kata laluan unik dan jangan gunakan semula kata laluan merentasi laman sesawang. Menggunakan semula kata laluan untuk akaun penting adalah berisiko. Jika seseorang telah mendapat kata laluan anda untuk satu akaun, mereka boleh mengakses e-mel, akaun bank dan butiran peribadi lain tentang anda.
  2. Cipta kata laluan anda sekurang-kurangnya 12 aksara panjang. Kata laluan yang panjang adalah lebih kuat.
  3. Gunakan gabungan aksara. Kata laluan yang kuat akan mengandungi gabungan huruf (huruf kecil dan besar), nombor dan simbol.
  4. Jadilah kreatif. Jangan gunakan maklumat peribadi atau maklumat yang orang lain mungkin tahu atau senang diketahui semasa mencipta kata laluan.
  5. Setelah anda mencipta kata laluan anda, rahsiakannya, hanya untuk diri anda sahaja.
  6. Gunakan alat pengurus kata laluan untuk membantu mencipta, mengingati dan mengurus semua kata laluan anda yang disimpan.
  7. Kemas kini kata laluan lalai anda dengan kerap.
  8. Jalankan semakan kata laluan.
  9. Sediakan maklumat pemulihan, yang membantu anda masuk semula ke akaun anda sekiranya seseorang mendapat kata laluan anda.
  10. Dapatkan perlindungan tambahan dengan menggunakan pengesahan Two-Step Verification (2SV)

Pihak Google Malaysia berkata, “Kami faham bahawa kadangkala sukar untuk mencipta kata laluan unik dan mengingati semua kata laluan tersebut, dan mungkin itulah sebabnya carian untuk Pengurus Kata Laluan telah meningkat lebih daripada 400% tahun ke tahun di Malaysia.

Pengurus Kata Laluan Google membantu anda mencipta kata laluan kukuh dengan mudah, menyimpan dan menguruskannya, serta memastikan ia selamat dengan pemeriksaan yang kerap.

password
Sumber: Ars Technica

Ini 5 cara Pengurus Kata Laluan Google menjadikan log masuk dengan kata laluan lebih selamat:

  1. Ia memudahkan anda untuk menjana kata laluan yang kukuh dan unik untuk semua akaun dalam talian anda apabila anda menggunakan penyemak imbas Chrome, pada Android ataupun iOS.
  2. Ia membantu mengingati semua kata laluan anda yang disimpan. Anda hanya perlu mengingati kata laluan akaun Google anda dan biarkan Pengurus Kata Laluan Google menguruskan yang lain. Ia akan mengisi secara automatik kata laluan selamat anda setiap kali anda melawat tapak atau log masuk dengan akaun Google anda.
  3. Google menyemak 1 bilion kata laluan untuk pelanggaran, setiap hari. Pengurus Kata Laluan Google akan memberitahu anda dalam masa nyata tentang kata laluan yang tidak selamat atau dicuri dan membantu anda membetulkannya dalam satu ketikan. Jika anda mendapat makluman daripada Chrome yang mengatakan bahawa gabungan kata laluan dan nama pengguna yang digunakan telah diterbitkan di Internet akibat kebocoran data pada tapak web atau apl pihak ketiga, anda hanya perlu mengetik “Semak kata laluan” dan ikuti gesaan untuk menukar kata laluan anda bagi setiap tapak yang terjejas.
  4. Menggunakan pengurus kata laluan boleh membantu mengurangkan kerumitan mengingati, menetapkan semula atau berasa bimbang tentang kata laluan. Selalunya, anda boleh menjalankan Semakan Kata Laluan (passwords.google.com) pada bila-bila masa untuk mengetahui jika mana-mana kata laluan anda telah terjejas dalam pelanggaran pihak ketiga; digunakan semula merentasi tapak yang berbeza; atau perlu diperkukuhkan. Anda boleh mengemas kini mana-mana akaun yang lemah atau terjejas dengan cepat dengan kata laluan yang lebih kukuh menggunakan Pengurus Kata Laluan Google.
  5. Salah satu halangan untuk tidak menggunakan pengurus kata laluan adalah usaha yang diperlukan untuk memasukkan semua kata laluan anda ke dalam pengurus kata laluan. Itulah sebabnya kami telah memperkenalkan ciri Import Kata Laluan pada tahun 2021, yang membolehkan anda memuat naik dengan mudah sehingga 3,000 kata laluan pada satu masa daripada pelbagai tapak pihak ketiga ke dalam Pengurus Kata Laluan Google. Dan, anda boleh menyimpan sehingga 10,000 kata laluan dalam Akaun Google anda. Setelah anda mengimport kata laluan anda, anda boleh menjalankan semakan kata laluan untuk mengetahui sejauh mana kekuatan kata laluan tersebut, sekali gus.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd