Now Reading
Touch ‘n Go eWallet ‘Hilang’ Dari Apple App Store

Touch ‘n Go eWallet ‘Hilang’ Dari Apple App Store

Sehingga kini, Touch ‘n Go eWallet masih sedang berbincang dengan Apple bagi mengetahui punca sebenar aplikasi mereka dipadam daripada Apple App Store.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Touch ‘n Go eWallet merupakan salah satu ‘dompet elektronik’ yang terdapat di Malaysia untuk digunakan dalam pelbagai urusan pembayaran sama ada secara online atau offline.

Namun baru-baru ini, aplikasi Touch ‘n Go eWallet dilaporkan terpaksa dipadam daripada Apple App Store dan akan mempengaruhi pengguna baharu yang ingin memuat naik aplikasi tersebut di iPhone mereka.

Kepada pengguna Android, anda masih boleh memuat naik aplikasi ini menerusi Google Play Store dan Huawei AppGallery.

Sehingga kini, Touch ‘n Go eWallet masih sedang berbincang dengan Apple bagi mengetahui punca sebenar aplikasi mereka dipadam daripada Apple App Store.

NOTA KAKI: Untuk pengguna yang sudah memuat naik aplikasi Touch ‘n Go eWallet sebelum ini, jangan risau kerana anda masih lagi boleh menggunakan perkhidmatan tersebut tanpa sebarang masalah. Duit anda di dalam eWallet itu pun tidak akan hilang.

BACA JUGA: Touch ‘n Go Lancar Kad Boleh Tambah Nilai Guna Telefon Je. Lagi Senang!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd