Now Reading
Pickupp Lancar Lokasi Pertama Di Johor & Bakal Perluas Servis Di Malaysia

Pickupp Lancar Lokasi Pertama Di Johor & Bakal Perluas Servis Di Malaysia

Berikutan pencapaian kadar pertumbuhan asas yang setinggi 94% di Malaysia, Pickupp berhasrat mengembangkan perkhidmatan mereka ke kawasan-kawasan lain di sekitar negara ini.

pickupp app

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pickupp, platform logistik pintar Asia telah meluaskan lagi jejaknya di Malaysia. Kali ini di Johor Bahru dengan outlet ambilan dan serahan atau pick-up and drop off (PUDO) terbaharu yang terletak di Skudai.

Pengumuman ini seiring dengan rancangan utama Pickupp untuk meluaskan lagi kehadiran mereka di beberapa lagi bandar dan negeri di seluruh Malaysia menjelang hujung tahun ini.

Dengan ruang luas untuk mengendalikan jumlah pesanan yang banyak, outlet terbaharu ini menawarkan rangkaian capaian akhir (last-mile) yang boleh dipercayai kepada para peniaga dan pelanggan di Johor Bahru.

Outlet PUDO Pickupp di Johor Bahru akan memberi faedah kepada hampir setengah juta pelanggan dalam talian serta ribuan perniagaan di bandar tersebut.

pickupp

Fungsinya adalah sebagai pusat serahan dan ambilan bungkusan yang memudahkan penghantaran untuk para peniaga di samping membolehkan para pembeli menikmati penjimatan dari segi kos penghantaran.

Dengan perkembangan landskap beli-belah dalam talian di negara ini, Malaysia telah dinamakan sebagai raja e-beli belah rantau ini dengan lebih 22 juta rakyat Malaysia yang membeli-belah secara dalam talian.

Oleh itu, Pickupp berhasrat menyokong ekosistem itu dengan mengukuhkan lagi penyelesaian penghantaran capaian akhir (last-mile delivery).

Pasaran e-dagang di Malaysia sedang bertumbuh dengan pesat, dan industri logistik juga berkembang seiring dengan itu, bagi membantu dan menyokong anjakan digital yang bermakna ini. Di pihak kami, Pickupp menyediakan rangkaian-logistik-sebagai-perkhidmatan yang memacu penghantaran capaian akhir (last-mile delivery) dengan penggunaan teknologi yang dibina khas. Kini, kami sedang merancang untuk menguatkan lagi impak dengan mengambil pendekatan yang terbukti berkesan dan mengembangkannya ke seluruh negara untuk memberi manfaat kepada lebih ramai peniaga dan pengguna di seluruh Malaysia.

Navin Kandapper, Pengurus Cawangan Pickupp Malaysia.

Fleksibiti.

Outlet-outlet ambilan dan serahan atau pick-up and drop off (PUDO) memberikan peniaga dan pembeli fleksibiliti untuk menghantar dan mengambil bungkusan mereka daripada sebuah lokasi yang telah ditentukan, mudah serta selamat.

Hal ini dapat merendahkan risiko bungkusan rosak dan mengurangkan kejadian bungkusan tidak sempat dihantar. Selain itu, ia juga menggalakkan amalan e-dagang yang mapan dengan memberikan semua pihak kebolehan untuk memilih penyelesaian sesuai dengan keperluan mereka. 

Berikutan kejayaannya menembusi pasaran Johor, Pickupp kini sudah dalam perancangan untuk mengembangkan pula operasinya bagi meliputi kesemua negeri di selatan serta kawasan tengah, dengan kemasukan ke Ipoh dan Melaka yang dirancang pada suku tahunan seterusnya.

Kami telah memperhatikan peningkatan yang tinggi dari segi permintaan pasaran sepanjang tempoh pandemik, dan momentum ini masih berjalan disebabkan para pelanggan kini sudah semakin selesa dengan pemesanan dan beli-belah secara dalam talian. Bagi memenuhi permintaan ini, kami akan mengembangkan lagi operasi kami bagi menyediakan perkhidmatan untuk para peniaga dan pengguna di luar Lembah Klang.

Navin Kandapper, Pengurus Cawangan Pickupp Malaysia.

Capai Kadar Pengguna Sebanyak 94%.

pickupp

Sejak kemasukannya ke pasaran Malaysia, Pickupp telah mencapai kadar pertumbuhan pengguna sebanyak 94%.

Sehingga kini, Pickupp telah bekerjasama dengan lebih 23,000 peniaga serta mempunyai lebih 26,000 agen penghantaran di seluruh Malaysia.

Kesemua penghantaran ini dipacu oleh teknologi Pickupp dibina khas yang mengguna pakai antara muka pengaturcaraan aplikasi (API) dan membolehkan pesanan daripada pelbagai platform diselaraskan, seterusnya menjana notis penghantaran segera untuk para pemandu Pickupp.

Teknologi ini telah membolehkan mereka menjimatkan masa dan kos, serta menambah baik kecekapan menjadikan proses penghantaran capaian akhir (last-mile delivery) selancar yang boleh untuk para peniaga serta pembeli.

Bagi meraikan fasa terbaharu ini serta musim perayaan yang bakal menjelang, Pickupp melancarkan sebuah Promosi Raya yang berlangsung sehingga 4 Mei 2022 – di mana para peniaga dapat menikmati kredit penghantaran percuma sebanyak RM100 dengan menebus kod [PICKUPPRAYA].

Untuk lebih maklumat mengenai Pickupp, [KLIK SINI].


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd