Now Reading
Maybank2U Dah Boleh Guna, Gais!

Maybank2U Dah Boleh Guna, Gais!

Anda kini boleh melakukan perkhidmatan perbankan anda pada aplikasi M2U MY, web Maybank2u dan menyambung semula penggunaan perkhidmatan kad Debit seperti sedia kala.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Debaran telah dirasai oleh orang ramai apabila aplikasi Maybank2U sebentar tadi mengalami gangguan dan kesemua transaksi tidak berjaya dilakukan pada tempoh yang agak lama.

Bila cek baki wang di dalam akaun, KOSONG.

Mana tidaknya, bab duit memang panik! Tiba-tiba rasa seakan hilang nyawa.

Maybank kemudiannya tampil menerusi beberapa hantaran di media sosial memaklumkan terdapat gangguan pada beberapa perkhidmatannya.

Ini termasuklah aplikasi MAE, FPX dan juga penggunaan kad debit.

Namun menurut Maybank, akses menerusi laman Maybank2u dan aplikasi M2U masih lagi boleh dilakukan namun pada kadar yang perlahan.

“Dimaklumkan bahawa perkhidmatan pembayaran di platform FPX, kad debit dan MAE tergendala buat sementara, dan kami mengalami kelembapan sementara di aplikasi M2U dan laman Maybank2u.

“Kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang timbul dan sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara ini secepat mungkin. Terima kasih atas kesabaran anda,” jelas Maybank.


Aplikasi Maybank2U dah boleh digunakan

Walau bagaimanapun, pihak Maybank menerusi satu kenyataan media telah memaklumkan bahawa aplikasi Maybank2U kini sudah kembali dan boleh digunakan seperti sediakala.

“Harap maklum bahawa anda kini boleh melakukan perkhidmatan perbankan anda pada aplikasi M2U MY, web Maybank2u dan menyambung semula penggunaan perkhidmatan kad Debit kerana perkhidmatan ini kembali seperti biasa. Kami sedang berusaha memulihkan paparan sejarah transaksi/kad debit pada apl M2U MY.

“Platform pembayaran FPX (Financial Process Exchange) dan aplikasi MAE kami kekal tidak tersedia.

“Kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan kami sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara itu secepat mungkin. Terima kasih atas kesabaran dan sokongan berterusan anda,” tulis Maybank.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

17 − eleven =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd