Now Reading
Grab Tawar Promosi ‘Jimat-jimat, Ingat-ingat’ Sempena Ramadan & Raya Tahun Ini

Grab Tawar Promosi ‘Jimat-jimat, Ingat-ingat’ Sempena Ramadan & Raya Tahun Ini

Grab berikrar untuk memadankan setiap sumbangan GrabRewards sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya untuk menyokong amal kebajikan rakyat Malaysia.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Musim perayaan yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia iaitu bulan Ramadan dikenali secara meluas sebagai musim untuk berpuasa dan muhasabah diri.

BACA JUGA: Lakukan 8 Perkara Ini Untuk Pastikan Ramadan Lebih Produktif

Tetapi paling penting, ia juga masa untuk tidak mementingkan diri sendiri dan merupakan peluang untuk semua rakyat Malaysia membantu mereka yang memerlukan.


‘Jimat-jimat, Ingat-ingat’

Oleh itu, sempena bulan Ramadan dan Hari Raya, Grab Malaysia menjemput orang ramai untuk meneruskan amal kebajikan mereka dengan ‘Jimat-Jimat, Ingat-Ingat’.

Rakyat Malaysia boleh menjadikan penjimatan mereka di Grab sebagai usaha amal dengan menukar GrabRewards mereka sebagai sumbangan untuk pelbagai komuniti.

Sebagai tambahan, Grab Malaysia akan memadankan nilai setiap sumbangan GrabRewards yang dibuat sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya. Antara badan amal dan organisasi yang pengguna boleh menyokong melalui inisiatif ini termasuk:

  • Islamic Relief Malaysia.
  • PERTIWI.
  • MERCY Malaysia dan banyak lagi.

Sama ada menyokong perniagaan kecil tempatan atau membantu seluruh komuniti untuk bangkit semula, rakyat Malaysia sentiasa gigih untuk menghulurkan bantuan. Dan sebagai syarikat tempatan, kami mahu berada di sisi mereka pada setiap langkah untuk menjadikan usaha amal mereka lebih lancar. Dengan GrabRewards, kami berada dalam kedudukan yang unik untuk menawarkan penjimatan hebat dan peluang mudah kepada rakyat untuk berbuat baik. Dengan memadankan setiap derma, kami bukan sahaja berharap untuk menggalakkan lagi sikap memberi ini tetapi menunjukkan bagaimana setiap penjimatan yang anda terima di Grab boleh dijadikan peluang untuk membantu orang lain.

Hassan Alsagoff, Ketua Pemasaran Negara Grab Malaysia.

Di samping memadankan semua sumbangan GrabRewards yang dibuat pada masa ini, Grab menawarkan tawaran dan diskaun hebat di seluruh perkhidmatannya serta melancarkan usaha lain untuk membantu keperluan perayaan rakyat Malaysia.

Contohnya seperti:

1. Baju Raya Edisi Terhad Rakan Grab.

Memastikan komuniti pemandu dan rakan kongsi penghantaran Grab juga diingati, Grab memberi ganjaran kepada rakan kongsinya yang berprestasi tinggi dengan baju batik edisi terhad eksklusif, direka oleh Firdaus Nordin.

2. Tawaran Makanan Ekslusif Dengan GrabUnlimited.

Kini dengan harga pengenalan istimewa hanya 1 sen, nikmati penjimatan tambahan untuk berbuka puasa dan juadah kegemaran Ramadan dengan diskaun sehingga 50%, hanya dengan GrabUnlimited.

Grab juga akan bekerjasama dengan beberapa penggemar makanan terkenal untuk menyerlahkan pilihan utama mereka di GrabFood daripada makanan ruji tradisional hingga ke gabungan unik.

Pro tip: Anda masih boleh menggunakan “GrabFood diskaun 50% anda dengan Tawaran Hangat + baucar FreeDel” dengan menjadualkan pesanan anda pada jam 8 malam!

3. Glam Raya Bersama Grab.

Rakyat Malaysia yang ingin menaik taraf fesyen Raya mereka boleh menantikan pratonton khas beberapa trend terkini secara eksklusif di Grab.

Dengan memanfaatkan ciri GrabLive (BETA) yang baharu, LILIT. dan Zalora akan menayangkan pratonton koleksi Raya terbaru mereka pada 16 April 2022, dengan promosi eksklusif GrabPay.

4. GrabMart Resepi Ramadan On-The-Way.

Bagi mereka yang tercari-cari cara baharu dan kreatif untuk menambah kelazatan hidangan Ramadan mereka yang dimasak di rumah, Grab bekerjasama dengan Chef Naem untuk menampilkan resipi mudah dibuat yang mengetengahkan masakan ruji Melayu dengan kelainan.

Beberapa resipi menarik termasuk:

  • Dumpling Ayam Masak Merah
  • Lontong Goreng Pedas Makanan Laut

Malah, pengguna juga boleh mendapatkan semua yang mereka perlukan untuk mencipta semula hidangan ini daripada GrabMart!

5. Jimatkan Perjalanan Perayaan.

Sama ada anda merancang untuk balik kampung atau menghabiskan cuti dengan makan angin, jimatkan semua keperluan perjalanan anda dengan Grab:

  • Grab Travel Pass: Nikmati tawaran hebat untuk perjalanan Grab, penerbangan, hotel dan tarikan di seluruh negara kini pada harga pengenalan istimewa RM4.90 sahaja.
  • Intercity: Baru diperkenalkan untuk memberikan kemudahan dan pilihan perjalanan lanjut untuk rakyat Malaysia. Nikmati potongan 10% daripada tiket bas dan/atau feri anda melalui Intercity.

6. Dapatkan Ganjaran Ketika Menghantar Hadiah.

Serupa perayaan lain di Malaysia, orang ramai sedang bersiap sedia untuk menghadiahkan hadiah kepada insan tersayang.

Untuk menjadikan pemberian hadiah dalam tempoh perayaan ini lebih bermanfaat, Grab memperkenalkan dua cabaran baharu:

Credit: Prostock-studio via Evanto Eliments/ Grab
  • GrabGifts Challenge: Dapatkan GrabRewards dan baucar tambahan hanya dengan menghantar hadiah kepada orang tersayang dekat atau jauh.
  • GrabExpress Super Sender Challenge: Jimat lebih RM150 setiap bulan dan sahut cabaran untuk memenangi bahagian hadiah anda bernilai RM35,000.

Kami mahu terus menjadi platform yang membantu rakyat Malaysia dengan keperluan mereka, sama ada dengan keperluan harian yang berpatutan, cara mudah untuk membuat persiapan perayaan atau juga dengan menyediakan ruang untuk rakyat Malaysia berbuat baik kepada golongan kurang bernasib baik. Bagi pihak Grab, Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa.

Hassan Alsagoff, Ketua Pemasaran Negara Grab Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelbagai promosi sempena perayaan Ramadan dan Raya tahun ini, sila layari: JIMAT-JIMAT, INGAT-INGAT!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

two + seven =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd