Now Reading
SUKE TV Kini Tersedia Buat Rakyat Malaysia

SUKE TV Kini Tersedia Buat Rakyat Malaysia

SUKETV kini boleh ditonton secara percuma di saluran MYTV 116.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Rangkaian siaran tempatan, SUKE TV telah mula penyiaran secara langsung untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia mulai minggu ini.

Rangkaian yang diasaskan oleh ikon hiburan Datuk AC Mizal akan menyiarkan program beli belah tempatan yang menampilkan selebriti, pempengaruh dan usahawan tempatan di mana penonton boleh membeli-belah secara langsung sambil menonton TV, 24 jam sehari di myFreeview, rangkaian penyiaran digital tanpa langganan untuk TV yang pertama di Malaysia.

Antara program yang disiarkan adalah:

  • SUKECeleb: Program perdana SUKE TV yang menampilkan selebriti menjual produk mereka kepada penonton.
  • SUKEHati: Program beli-belah dari rumah yang melibatkan peniaga tempatan memasarkan produk mereka.

Melalui inisiatif-inisiatif seperti ini, SUKE TV berhasrat memerkasa pangkalan pelanggan untuk  PKS tempatan di seluruh negara melalui saluran TV percuma sambil mencipta aliran  pendapatan baharu untuk penghibur tempatan yang terjejas oleh pandemik.

SUKE TV turut menyediakan sebuah platform baru untuk peminat berinteraksi dengan selebriti pujaan mereka. 

Artis Tempatan Sertai SUKE TV.

Ramai artis tempatan telah pun menyertai SUKE TV baru-baru ini bagi menyokong misi dan visi rangkaian tersebut untuk memasarkan produk -produk tempatan.

Antara bakat tersebut adalah:

  • Diana Danielle.
  • Didi Alias.
  • Salina Saibi.
  • Dynas Mokhtar.
  • Thanuja.
  • Achey dan ramai lagi. 

Dengan infrastruktur yang luas, kepakaran dan perkongsian industri akan datang, SUKE  TV menyasarkan pembangunan dan penyampaian kandungan asli dalam semua genre untuk  penonton TV dan medium digital semasa Malaysia dalam masa nyata.

Sejak tahun lalu, SUKE TV telah menjayakan pelbagai perkongsian, terutamanya perjanjian  pembiayaan dengan Malaysian Debt Ventures (MDV), anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan (MOF).

Malah, baru-baru ini SUKE TV juga telah menjalinkan kerjasama dengan  MRANTI Nexus, sebuah entiti penyelidikan dan pembuatan kontrak di bawah kumpulan syarikat Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI).

Pertandingan Buat Penonton.

Sempena siaran perdana tersebut, SUKE TV telah menganjurkan sebuah pertandingan di mana penonton berpeluang memenangi hadiah mingguan dan bulanan.

Untuk menyertai, penonton perlu mengumpul 4 set nombor misteri yang akan dipaparkan sepanjang minggu dari hari Isnin hingga Jumaat.

Penonton juga boleh menyertai dengan pembelian RM50 dan ke atas dalam satu resit daripada SUKE Shop dan menghantarkan melalui mesej WhatsApp di 03- 92262253 sebelum setiap hari Sabtu jam 12 tengahari.

Hadiah untuk dimenangi termasuk motosikal, telefon bimbit dan pelbagai hadiah misteri.

Menarik? Ayuh, join!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd