Twitter OPPO Malaysia Digodam. Muncul Wajah Elon Musk & Promosi Kripto
Gambar profil pada akaun Twitter OPPO Malaysia pada ketika ini telah dibiarkan kosong oleh penggodam.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Satu kejadian aneh dilaporkan berlaku pada akaun Twitter rasmi Oppo Malaysia pagi tadi. Foto profilnya telah ditukar kepada wajah Elon Musk dan ia mula memuat naik ciapan aneh berkenan kripto dan teknologi swapandu Tesla.
Amanz melaporkan, kejadian berlaku pagi tadi kira-kira jam 9 pagi.
Setakat artikel ini ditulis, gambar profil pada akaun Twitter OPPO Malaysia dibiarkan kosong dan terdapat lebih seratus ciapan Twitter yang dipadam daripada akaun tersebut.


Anda boleh mengelakkan perkara ini daripada berlaku kepada akaun Twitter milik anda atau mana-mana akaun dalam talian dengan mengaktifkan pengesahan dua faktor (2FA).
Better be safe, than sorry!
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.