Now Reading
Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Sahkan Akaun MySejahtera

Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Sahkan Akaun MySejahtera

Pengguna perlu mengemaskini aplikasi MySejahtera kepada versi terkini (1.1.8) untuk terus menggunakan ciri verifikasi ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


MySejahtera kini memperkenalkan ciri terbaharu mereka iaitu simbol akaun sudah disahkan (verified) berwarna biru bersebelahan nombor kad pengenalan anda.

Tanda sah (verified) itu hanya akan dipaparkan pada akaun yang telah mengesahkan maklumat identiti diri dan tarikh lahir di MySejahtera.

Bagi mereka yang masih belum mendapat lencana verifikasi tersebut, anda perlu klik pada butang verifikasi berwarna merah bersebelahan dengan nombor kad pengelanan bagi mengesahkan maklumat diri.

Apa pentingnya verifikasi akaun ini?

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak MySejahtera di laman Twitter rasmi, akaun yang telah disahkan penting untuk memastikan anda boleh menggunakan ciri di dalam aplikasi itu sepenuhnya.

Mereka yang tidak mengesahkan maklumat diri tidak dapat melihat sijil vaksinasi di MySejahtera.

Pengguna perlu mengemaskini aplikasi MySejahtera kepada versi terkini (1.1.8) untuk terus menggunakan ciri verifikasi ini.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd