Now Reading
Team Maxis Kumpul Dana Bantu Komuniti Terjejas Banjir. Terbaik!

Team Maxis Kumpul Dana Bantu Komuniti Terjejas Banjir. Terbaik!

Pemacuan dana derma kakitangan Maxis yang dipadankan oleh syarikat berjumlah RM105,871.18.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Berbekalkan semangat #KitaSapotKita, pekerja Maxis telah mengumpul kutipan dana dan kemudian dipandankan oleh syarikat sebanyak RM105,871.18 untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan.

Maxis telah bekerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) untuk menyalur dana bagi membantu dan mengenal pasti keluarga penerima di Johor, Kelantan dan Terengganu yang terjejas akibat banjir.

Setiap keluarga menerima baucar tunai untuk membeli keperluan rumah.

Pada majlis ringkas yang diadakan baru-baru ini di ibu pejabat PBSM di Kuala Lumpur, Pengerusi Kebangsaan PBSM Duli Yang Teramat Mulia Datuk Seri DiRaja Tan Sri (Dr) Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tunku Temenggong Kedah berkenan menerima sumbangan daripada Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis.

Pada tahun lepas, Maxis antara organisasi pertama yang menyumbang kepada vaksinasi bergerak kami. Kami gembira dapat sekali lagi bekerjasama dan berterima kasih atas sumbangan syarikat dan pekerja Maxis. Banyak keluarga, terutamanya dari golongan B40, telah kehilangan harta benda akibat banjir dan sudah pastinya, sumbangan ini akan meringankan beban mereka. Bagi PBSM, ia adalah misi kami untuk terus menjadi saluran bagi syarikat korporat memberi bantuan penjagaan kepada komuniti terjejas.

Pengerusi Kebangsaan PBSM Duli Yang Teramat Mulia Datuk Seri DiRaja Tan Sri (Dr) Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Pengerusi Kebangsaan PBSM Duli Yang Teramat Mulia Datuk Seri DiRaja Tan Sri (Dr) Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (kiri) bersama Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis (kanan).

Bencana banjir pada akhir tahun lepas merupakan pengalaman yang menyedihkan. Kami telah diilhamkan oleh rakyat Malaysia untuk berkumpul dan menawarkan sokongan. Kami bangga dengan pekerja Maxis, yang telah menjalankan tanggungjawab sosial mereka untuk mengerakkan usaha derma ini. Kami juga berbesar hati untuk bekerjasama dengan PBSM sekali lagi dan berharap sumbangan ini dapat membantu mereka yang masih merasakan kesan berterusan daripada banjir.

Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis.

Menyokong Negara Pada Masa Yang Memerlukan.

Maxis telah menyokong negara melalui pelbagai pendekatan bagi mereka yang terjejas akibat banjir dan pandemic melalui kerjasama NGO seperti PBSM dan Yayasan Kebajikan Negara (YKN).

Keutamaan bantuan banjir adalah untuk memastikan mereka yang terjejas dapat terus bersalinghubung dan mempunyai bekalan makanan asas, serta membantu peniaga yang terjejas dengan usaha pembersihan dan pembaikan.

Sebagai contoh, Maxis bekerjasama dengan PBSM dan YKN untuk bantuan kotak makanan kepada keluarga B40 di Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Johor, serta komuniti di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Pek SIM Hotlink turut diedarkan di pusat pemindahan banjir, termasuk tiket tambah nilai bagi membolehkan mereka terus bersalinghubung dengan orang tersayang sepanjang tempoh tersebut.

Sementara itu, bersama syarikat telekomunikasi lain, Maxis menyokong inisiatif bantuan banjir industri Kementerian Komunikasi dan Multimedia, OPS Bantu Hingga Selesai, dengan mengerahkan sukarelawan untuk membantu usaha pembersihan di rumah yang terjejas teruk akibat banjir di Selangor, serta sokongan lain yang diperlukan untuk keluarga.

Bagi usaha pandemik, Maxis bekerjasama dengan PBSM dan YKN untuk mengagihkan 6,000 kotak makanan kepada komuniti yang terjejas sepanjang 2021, termasuk menyokong Kementerian Kesihatan dalam menyediakan peralatan perlindungan diri untuk petugas barisan hadapan perubatan dan bukan perubatan.

Dalam menyokong kempen vaksinasi nasional, Maxis telah menaja PBSM dalam program vaksinasi bergerak untuk membawa vaksin kepada individu yang sukar ke pusat vaksinasi.

Maxis juga menyediakan salinghubungan talian hotline PBSM melalui talian mudah alih Hotlink Unlimited, yang dipadankan dengan Internet bulanan.

Sementara itu, Maxis telah menyumbang 400 komputer dan komputer riba yang diperbaharui kepada sekolah di seluruh negara pada tahun lepas untuk menyediakan akses yang lebih luas kepada teknologi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.maxis.com.my


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd