Now Reading
Tiada Lagi Status ‘Kuning’ Kontak Kasual Di Aplikasi MySejahtera

Tiada Lagi Status ‘Kuning’ Kontak Kasual Di Aplikasi MySejahtera

Buat individu yang dikenal pasti sebagai kontak kasual, anda tidak akan dikenakan sebarang sekatan. Tetapi dinasihati untuk kekal patuh SOP.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Ciri pengesanan kenalan Covid MySejahtera Trace (MySJ Trace) pada aplikasi mudah alih MySejahtera tidak akan lagi memaparkan status risiko “Casual Contact” seseorang selepas terdedah kepada kes positif.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan bahawa, mulai hari ini (1 Mac), MySJ Trace hanya akan memberikan pengguna amaran pemberitahuan bahawa mereka telah dikenal pasti sebagai Casual Contact.

Jika sebelum ini, sistem MySJ Trace akan memberitahu pengguna jika mereka mempunyai pendedahan Kontak Rapat dengan status risiko “kuning” dipaparkan pada aplikasi tersebut.

Menteri Kesihatan turut menasihatkan mereka yang dikenal pasti sebagai Kontak Rapat untuk mengasingkan diri dan melakukan ujian kendiri jika mempunyai simptom.

(Kredit: Khairykj/Twitter)

BACA SINIIf You’re Boosted, You Don’t Need To Quarantine After Close Contact


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd