AirAsia Ride Tampil Dengan e-Hailing Udara. Dari KLIA – KL Sentral 11 Minit Je!
Perkhidmatan ini juga akan ditawarkan secara perkongsian penumpang (ride-sharing).
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Semakin hari, semakin canggih.
Perkhidmatan e-hailing ketika ini cukup sinonim dengan penghantaran penumpang menggunakan kenderaan darat, bukan? Namun, AirAsia kini merancang untuk menawarkan perjalanan udara menggunakan pesawat electric vertical take-off and landing (eVTOL).
BACA JUGA: AirAsia Kekal Sebagai Pilihan Utama Dalam Kategori Pelancongan. Syabas!
Perkhidmatan ini juga akan ditawarkan secara perkongsian penumpang (ride-sharing).
Pengumuman tersebut telah disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Berhad Tan Sri Tony Fernandes, semalam (16 Februari) menerusi akaun Instagram miliknya.
Dilancarkan hari ini (Rabu). AirAsia Ride kini berada di udara. Bakal bermula (dari) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke KL Sentral hanya 11 minit!
Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Berhad, Tan Sri Tony Fernandes menerusi Instagram.
Menurut laporan, AirAsia Aviation Group Limited (AirAsia) sudahpun menandatangani kerjasama dengan syarikat penyediaan pesawat yang berpangkalan di Ireland, Avolon untuk menyewa sekurang-kurangnya 100 unit pesawat elektrik kecil jenis VX4 eVTOL.
Persefahaman itu sekaligus mentransformasi perkhidmatan e-hailing dan perjalanan udara dengan sistem lebih canggih ditawarkan buat pelbagai segmen serta sasaran pengguna.
Perincian berkenaan pengoperasian masih belum didedahkan kepada umum, namun difahamkan ia akan mula ditawarkan pada 2025.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.