[Video] Maxis Rai Tahun Baru Cina Dengan ‘Tradisi & Teknologi’. Kombo Menarik!
Pelancaran filem ‘Make Our Luck’ tentang pemilik perniagaan ‘homestay’ bersama cucunya yang memanfaatkan tradisi dan teknologi.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Umum sedia maklum, bagi tahun 2022 – Tahun Baharu Cina bakal disambut pada 1 Februari. Excited tak?!
Tapi sebelum itu, semak checklist balik kampung dulu! Apa yang nak dibawa dan sebagainya. Nanti tertinggal apa-apa dah kacau pula sambutan CNY.
BACA SINI: Ini 9 Perkara Penting Sebelum Gerak Balik Kampung Untuk CNY. Check Dulu!
Maxis Sambut CNY Dengan Gabungan Tradisi dan Teknologi
Tahun Baru Cina adalah masa yang sesuai bagi individu dan perniagaan menetap semula perniagaan dengan meraikan tahun yang lebih untung dan makmur.
Maxis meraikan musim perayaan ini dengan gabungan tradisi dan teknologi melalui filem perayaannya, ‘Make Our Luck’ dan sesi strim secara langsung ‘How to Make Our Luck’ bersama Dato’ Joey Yap, Pengasas dan Ketua Perunding Joey Yap Consulting Group.
2020 membuka lembaran baharu dalam kehidupan kita, dan saya pasti rakyat dan perniagaan menantikan masa depan yang lebih ong dan huat. Walaupun ramai mengambil langkah tambahan untuk menjemput tuah melalui tradisi dan fengshui, kami percaya mereka juga boleh mendapat manfaat daripada teknologi dan salinghubungan. CNY ini, kami ingin memberi contoh mengapa tradisi dan teknologi adalah gabungan kuat dan menyokong satu sama lain, terutamanya dengan rangkaian yang hebat. Ini membuka peluang untuk kami Terus Menerajui, bersama-sama.
Loh Keh Jiat, Ketua Pegawai Pemasaran, Maxis.
‘Make Our Luck’
‘Make Our Luck’ mengisahkan seorang pemilik perniagaan homestay yang mengamalkan adat untuk membawa tuah kepada perniagaannya sempena tahun baharu.
Cucunya, Didi pula percaya mereka hanya akan berkembang maju melalui kuasa teknologi dan rangkaian. Gabungan pendapat mendapati bahawa kedua-dua kaedah boleh membantu satu sama lain.
Tonton video penuh di bawah:
Selain filem CNY, Maxis juga bekerjasama dengan Dato’ Joey Yap untuk menjalankan dua sesi strim langsung khas ‘How to Make Our Luck’ untuk 2022.
Sebagai penerima besar teknologi dan pendigitalan, pendekatan perundingan fengshui Dato’ Yap memerlukan individu untuk mengambil tindakan dan bukan setakat meletakkan perhiasan atau memakai warna bertuah.
Sesi strim secara langsung pada 10 Feb, jam 8:30 malam di Facebook Maxis terbuka kepada semua, manakala sesi strim secara langsung pada 11 Feb, 8:30 pm adalah eksklusif untuk pelanggan PKS Maxis.
Mereka akan berpeluang memenangi satu sesi bimbingan perniagaan bersama pasukan perunding Dato’ Joey Yap.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen ini, tonton filem itu dan ketahui cara menyertai sesi strim langsung bersama Dato’ Joey Yap, [KLIK SINI].
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.