Now Reading
Foodle Tawar Peniaga F&B Kembangkan Bisnes Bersama Platform Ini

Foodle Tawar Peniaga F&B Kembangkan Bisnes Bersama Platform Ini

Foodle telah mengetepikan sepenuhnya keperluan modal awal dengan menyediakan dapur lengkap yang disesuaikan bagi memenuhi keperluan perniagaan yang berbeza.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Syarikat makanan dan minuman (F&B) besar atau kecil telah menghadapi cabaran getir akibat penularan pandemik termasuk kesan penguatkuasaan sekatan pergerakan orang ramai dan barangan.

Penggunaan barangan di luar rumah yang secara tradisinya memberikan margin terbaik, telah berkurangan dengan ketara sementara rantaian bekalan terus merosot susulan protokol keselamatan yang diperketatkan.

Akibatnya, banyak perniagaan sukar menahan tekanan dan memilih untuk menutup operasinya.

Sumber: Malay Mail

Namun, sebahagian lagi telah menemukan cara untuk bertahan dan terus menelusuri apa yang pakar percaya sebagai perubahan jangka panjang dalam tingkah laku serta permintaan pelanggan dan mereka melakukannya dengan memanfaatkan peluang baharu dan inovasi yang berlaku.

Perubahan ketara dalam jangka waktu yang begitu singkat ini hanya dapat dilakukan menerusi kemajuan yang signifikan dalam ekosistem yang besar dan kompleks bagi menyokong industri ini, termasuk pasar makanan dalam talian dan pengembangan pesat perkhidmatan logistik jarak jauh.


Kewujudan Ghost/Dark Kitchens.

Satu inovasi khusus yang mendapat manfaat daripada kemajuan teknologi tersebut ialah dapur awan atau dapur maya berasaskan digital yang diberi pelbagai panggilan seperti Ghost Kitchens atau Dark Kitchens.

Walaupun biasanya dapur awan dioptimumkan bagi menghasilkan makanan hanya untuk penghantaran, sebuah syarikat tempatan menggunakan pendekatan unik apabila menggabungkan ketangkasan, infrastruktur teknologi dan kecekapan model dapur ini dengan kelebihan terbukti daripada perniagaan atau kedai yang mempunyai sekurang-kurangnya satu lokasi fizikal.


Foodle.

Foodle Sdn Bhd (Foodle), menyewakan dapur awan dilengkapi sepenuhnya untuk semua saluran jualan termasuk penghantaran, bawa pulang, makan di restoran dan tepi jalan serta pandu lalu di lokasi terpilih.

Ia juga menawarkan rangkaian perkhidmatan lengkap bagi membantu mengurangkan kos dan ketidakcekapan untuk semua peniaga.

Syarikat ini bertujuan menyelesaikan masalah dihadapi oleh industri F&B termasuk keperluan modal awal yang tinggi untuk memulakan operasi sebuah restoran dan biasanya berkaitan pengurusan ruang yang agak luas, seperti:

  • Sewa
  • Pekerja
  • Kos utility
  • Proses perancangan serta pengurusan yang rumit.
Ruang dapur Foodle adalah jauh lebih kecil berbanding restoran biasa dan sangat efisien untuk digunakan.

Sebagai permulaan, Foodle telah mengetepikan sepenuhnya keperluan modal awal dengan menyediakan dapur lengkap yang disesuaikan bagi memenuhi keperluan perniagaan yang berbeza. Semua dapur kami turut dilengkapi dengan platform teknologi yang diperlukan untuk menyokong semua saluran jualan sekali gus menyelamatkan ratusan ribu ringgit pelaburan peniaga kami.

Ketua Pegawai Eksekutif Foodle, Tony Lika.

Mengulas lanjut, Tony menjelaskan bahawa ruang dapur Foodle adalah jauh lebih kecil berbanding restoran biasa dan sangat efisien untuk digunakan. Ini bererti kos tenaga kerja dan utiliti juga jauh lebih rendah.

Terakhir sekali, proses untuk memasuki pasaran juga mencabar. Mencari lokasi yang sesuai, merancang dan membina restoran, memohon dan mendapatkan kelulusan untuk lesen yang relevan, menyiapkan infrastruktur operasi dan teknologi – semua langkah ini memerlukan masa serta usaha malahan sangat mahal.

Ketua Pegawai Eksekutif Foodle, Tony Lika.

Foodle menempatkan semua jenis perniagaan F&B bermula dengan makanan, sehingga kepada rangkaian jenama tempatan atau antarabangsa dan bahkan jenama maya.

Pihak Foodle akan menguruskan semua kerumitan karenah pentadbiran supaya peniaga boleh mula berniaga dalam tempoh kurang daripada sebulan.

Ini jelas terbukti menerusi peniaga yang sudah tersenarai di platformnya yang merangkumi jenama seperti A&W, Wrappe, La Cucur, Honest Bowl, Curried, That Nasi Lemak Place, Faasos, Jackson Fried Chicken dan banyak lagi.

Dapur awan dan medan makan pertama Foodle mula beroperasi pada Julai 2021 dan terletak di Kota Damansara.

Ia kini mengusahakan lokasi pandu lalu di Cyberjaya dan merupakan dapur awan pandu lalu pertama di Malaysia bahkan mungkin di rantau ini.

Syarikat itu juga merancang untuk menambah 12 lokasi lagi tahun depan dan menggandakan pertumbuhan pada tahun berikutnya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perniagaan dan perkhidmatan Foodle, [KLIK SINI].


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd