Now Reading
Maxis & sooka Berganding Bahu Bawa Pakej Mudah Alih Unik Untuk Konten Sukan Serta Hiburan

Maxis & sooka Berganding Bahu Bawa Pakej Mudah Alih Unik Untuk Konten Sukan Serta Hiburan

Anda juga boleh menikmati siaran langsung sukan seperti Premier League, F1, BWF Badminton World Championships dan hiburan terbaik tempatan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Maxis kini bekerjasama dengan sooka bagi memudahkan rakyat Malaysia menikmati siaran langsung sukan tanpa gangguan. Antara konten menarik adalah seperti:

  • Premier League.
  • BWF Badminton World Championships.
  • Formula 1 Championships.
  • MotoGP serta kandungan hiburan premium tidak kira di mana sahaja.

Pelanggan Maxis dan Hotlink boleh melayari dan melanggan kandungan melalui platform sehenti untuk menikmati pengalaman menonton yang serba lancar dengan pakej data mudah alih yang mampu milik dan fleksibel menerusi rangkaian terbaik di negara ini.

Apa itu sooka?

Sumber: sooka TV/Lowyat.NET

sooka ialah penyedia perkhidmatan penstriman terbaru di Malaysia yang menawarkan kandungan hiburan tempatan terbaik, siaran langsung aksi sukan antarabangsa dan tempatan serta pelbagai kandungan original dan eksklusif disusun khas untuk mereka yang gemar menonton kandungan hiburan melalui peranti mudah alih.

sooka menawarkan pelan sukan dan hiburan komprehensif dan bersesuaian mengikut cita rasa peribadi dam boleh diakses secara atas permintaan dengan Maxis dan Hotlink.

Rakyat Malaysia suka menonton video secara berterusan, dan terutamanya untuk kandungan sukan dan hiburan. Mereka mahukan pengalaman terbaik menonton secara langsung tidak kira di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Dengan pengalaman salinghubungan mudah alih kami, kerjasama bersama sooka membolehkan pelanggan menikmati pengalaman yang optimum – iaitu kandungan hiburan terbaik melalui pakej mudah alih yang unik dengan rangkaian terbaik. Kami komited untuk membawa teknologi terbaik bagi membolehkan orang ramai terus menerajui dalam dunia digital ini.

Ketua Pengguna Maxis, Arjun Varma.

Mengulas lanjut, Arjun menjelaskan perbezaan utama sooka ialah keupayaan mereka dalam menyediakan siaran langsung acara sukan untuk tontonan para peminat menggunakan peranti mudah alih mereka serta membolehkan mereka menonton mengikut keselesaan tersendiri.

Pihak Maxis juga menyediakan perancangan kandungan sukan yang mantap pada 2022 dan akan terus mengukuhkan lagi portfolio tersebut agar mereka dapat membawakan yang terbaik untuk para peminat sukan di Malaysia.

Selain sukan, mereka turut menawarkan beraneka pilihan siri drama dan filem premium tempatan kegemaran ramai seperti:

  • Love Elsa.
  • Abang Long Fadil 1 dan 2.
  • Kampung Pisang Bersiri.
  • Program siaran langsung hiburan realiti seperti:
    • Anugerah MeleTOP Era
    • Kandungan Originals sooka yang akan dilancarkan pada tahun ini bagi memenuhi cita rasa penonton tempatan.
Sumber: Maxis

Sejak sooka dilancarkan pada Jun 2021, pemerhatian kami juga mendapati lebih 2.54 juta penonton telah menikmati kandungan premium sooka. Kerjasama kukuh dengan Maxis menjadi salah satu penanda aras terbaik bagi kami dalam usaha menawarkan kandungan yang lebih hebat kepada semua golongan muda di Malaysia dengan nilai pakej yang istimewa.

Ketua sooka, Andy Paterson. 

Untuk membeli pas sooka dan mula menikmati pelbagai kandungan terbaik, [KLIK SINI].


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd