Apple Janji Hulur Bantuan Kepada Malaysia & Filipina Selepas Dilanda Bencana Alam
Apple akan menyumbang kepada usaha pemulihan, baik pulih dan pembangunan semula jangka panjang di Malaysia dan Filipina.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Umum sedia maklum, Malaysia kini berada dalam keadaan yang begitu memilukan apabila bencana alam telah melanda beberapa buah kawasan di beberapa buah negeri sejak hujung minggu lalu.
Keadaan semakin parah apabila beberapa buah rumah telah ditenggelami air sehingga menyebabkan penduduk terpaksa berada di atas bumbung rumah untuk menyelamatkan diri.
Pastinya, kawasan yang paling teruk terjejas adalah di Taman Sri Muda.

(Kredit: Fernando Fong/TRP)
Malah, sehingga 21 Disember – pasukan penyelamat dan sukarelawan turut menemui seramai 14 mangsa yang dipercayai maut akibat lemas.
BACA SINI: 14 Found Drowned: Latest Tally Of Flood Victims As Of 21 Dec
Manakala di Filipina pula telah dilaporkan berlakunya Taufan Rai yang meragut hampir 100 nyawa dan dikatakan terburuk pernah melanda negara itu.
Taufan Rai yang melanda wilayah selatan dan tengah kepulauan itu menyebabkan komunikasi dan elektrik terputus di banyak kawasan, merosakkan bumbung dan menumbangkan tiang elektrik konkrit.
Takziah kami ucapkan buat kesemua ahli keluarga mangsa.
Apple ingin hulur bantuan

(Kredit: Infodigimarket)
Peka dan prihatin dengan apa yang terjadi ketika ini di Malaysia dan Filipina, Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook mengumumkan akan memberi bantuan kepada kedua-dua negara ini.
Menerusi satu tweet ringkas yang dimuat naik pada 21 Disember, 12:03 pm, Tim Cook telah menyatakan hasratnya dan pihak Apple untuk menghulurkan bantuan.
Taufan Rai telah menyebabkan begitu banyak kemusnahan di Filipina dan Malaysia — banyak keluarga telah kehilangan harta benda. Apple akan menyumbang kepada usaha pemulihan, baik pulih dan pembangunan semula jangka panjang di Malaysia dan Filipina.
Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook.
Typhoon Rai has caused so much devastation in the Philippines and Malaysia — so many families have lost so much. Apple will be contributing to relief, recovery, and longer-term rebuilding efforts. #OdettePH
— Tim Cook (@tim_cook) December 21, 2021
Thanks in advance, Apple!
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.