Now Reading
Perodua Tawar Pemeriksaan Percuma, Diskaun & Rebat Bagi Pemilik Kereta Terjejas Banjir

Perodua Tawar Pemeriksaan Percuma, Diskaun & Rebat Bagi Pemilik Kereta Terjejas Banjir

Potongan 20% turut ditawarkan untuk alat-alat ganti terpilih kepada pemilik Perodua yang kenderaan mereka rosak akibat banjir.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Perodua menawarkan bantuan, termasuk rebat perkhidmatan tunda kenderaan, diskaun ke atas alat-alat ganti terpilih dan pemeriksaan percuma kenderaan kepada semua pemilik kenderaan Perodua yang terjejas akibat banjir.

Setakat 19 Disember 2021, beberapa bahagian di Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang telah terkesan akibat banjir.

Para pelanggan kami amat penting buat kami dan perkhidmatan tambah nilai ini disediakan bagi membantu meringankan sedikit beban yang dihadapi oleh mereka semasa bencana ini. Walaupun beberapa pusat servis kami turut terjejas akibat banjir, para pelanggan kami amat dialu-alukan untuk merujuk mana-mana cawangan perkhidmatan kami yang  lain di seluruh Malaysia untuk mendapatkan bantuan.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad.

Beliau turut menjelaskan pihak Perodua sedang melakukan yang terbaik untuk menyambung semula operasi di kawasan terjejas secepat mungkin.

Tuntutan perkhidmatan tunda maksimum sehingga RM100.

Mengenai bantuan yang diberikan, pelanggan Perodua boleh membuat tuntutan untuk perkhidmatan menunda kenderaan maksimum sehingga RM100 di pusat servis Perodua berhampiran mengikut kepada terma dan syarat.

Selain itu, Perodua turut menawarkan potongan 20% untuk alat-alat ganti terpilih kepada pemilik Perodua yang kenderaan mereka rosak akibat banjir.

Alat-alat ganti tulen kami disertakan dengan jaminan pengeluar dan kami meminta para pelanggan kami untuk tidak menggunakan sebarang alat ganti tiruan kerana ini boleh menjejaskan prestasi kenderaan mereka.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad.

Alat-alat ganti tersebut termasuk semua barangan elektronik, gasket baik pulih enjin, tempat duduk kenderaan, kemasan pintu dan permaidani.

Pelanggan Perodua, yang kenderaannya mengalami kerosakan akibat banjir digalakkan untuk menghubungi talian perkhidmatan pelanggan bebas tol Perodua di 1-800-88-5555 untuk bantuan menunda.

Tertakluk kepada terma dan syarat.

BACA JUGA: Ini Langkah Keselamatan & Panduan Penjagaan Kenderaan Ketika Musim Banjir


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd