Now Reading
TNB Kongsi Panduan Keselamatan Elektrik Di Kawasan Banjir

TNB Kongsi Panduan Keselamatan Elektrik Di Kawasan Banjir

TLDR; Hindari daripada menyentuh mana-mana tiang besi yang ditenggelami air bagi mengelak risiko terkena renjatan elektrik.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan orang ramai agar segera memaklumkan pihak mereka melalui talian TNB CareLine di 15454 atau Facebook TNB CareLine sekiranya premis mereka dinaiki air pada paras bahaya supaya bekalan elektrik dapat dihentikan.

Penutupan bekalan elektrik itu adalah bersifat sementara bagi memastikan keselamatan orang awam terjamin dan akan disambung semula apabila banjir surut dan keadaan kembali selamat.

Dalam pada itu, usaha sedang giat dijalankan TNB bagi memastikan bekalan elektrik di berapa kawasan yang terlibat dengan banjir kilat akibat hujan berterusan seperti di Klang, dapat dipulihkan semula.

Penyaluran semula bekalan akan dibuat secara berperingkat bergantung kepada akses, keadaan setempat dan faktor keselamatan.


Bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini dari berlaku, pengguna diminta mengamalkan beberapa panduan keselamatan elektrik berikut:

  • Apabila premis dinaiki air, hindari penggunaan sebarang peralatan elektrik dan pastikan suis utama ditutup bagi mengurangkan kemungkinan renjatan elektrik berlaku.
  • Jangan menyentuh mana-mana peralatan atau kabel elektrik yang terendam dalam air banjir walaupun ianya bersalut dengan penebat.
  • Sekiranya perlu berpindah, matikan bekalan masuk utama di papan agihan dengan menutup suis utama sebelum keluar
  • Pastikan semua suis di soket alir keluar ditutup dan tanggalkan palam kuasa peralatan elektrik.
  • Sekiranya premis dipasang dengan sistem solar PV, matikan sistem tersebut sebelum anda keluar dari rumah bagi mengelakkan bekalan suap balik ke sistem pendawaian rumah anda.
  • Hindari daripada menyentuh mana-mana tiang besi yang ditenggelami air bagi mengelak risiko terkena renjatan elektrik.

Pengguna juga disarankan untuk menghubungi TNB sekiranya ternampak kejanggalan pada pepasangan syarikat utiliti itu yang terkesan akibat banjir.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd