Now Reading
Baki TnG Tak Cukup? Jangan Keluar Kereta Untuk Topup! – PLUS

Baki TnG Tak Cukup? Jangan Keluar Kereta Untuk Topup! – PLUS

TLDR; Tekan butang interkom, tunggu sehingga runner PLUS tiba dan jangan membahayakan diri untuk turun dari kenderaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kejadian yang sering berlaku adalah ketika pemandu ingin keluar di persimpangan plaza tol, dan mendapat tahu bahawa baki TnG tidak mencukupi.

Masa itu panik dia lain macam.

Nak guna TnG e-wallet, tak semua plaza tol boleh digunakan. Bila tekan interkom, pegawai akan suruh lintas terus ke plaza tol paling hujung untuk isi baki sebab tiada pegawai yang bertugas di situ pada waktu itu.

Selalu juga terkena macam ini.

Komen netizen hasil tinjauan di Twitter.
Komen netizen hasil tinjauan di Twitter.
Komen netizen hasil tinjauan di Twitter.

Jangan turun kereta untuk top-up!

Gambar sekadar hiasan.
(Kredit: LIBUR)

Mungkin ada yang masih terpinga-pinga tidak mengetahui apa yang perlu dilakukan kalau baki TnG tidak mencukupi ketika sudah berada di plaza tol.

Oleh itu, satu posting di Facebook baru-baru ini telah menerangkan langkah yang perlu dilakukan oleh pemandu jika perkara itu terjadi.

Yang penting, JANGAN TURUN KERETA.


Tips dari pihak PLUS Malaysia

Mengikut pesanan yang diberikan oleh pihak PLUS, jika anda memasuki plaza tol dan tiba-tiba baki tak cukup – tekan butang interkom dan tunggu runner PLUS tiba.

Runner akan bantu untuk top-up dan serahkan semula kad TnG.

Untuk semua pengguna jalan raya, pegawai itu turut memesan untuk orang ramai tidak membahayakan nyawa dengan melintas dari lorong ke lorong.

Perkara ini sememangnya bertentangan dengan SOP pihak PLUS.

Kredit: RENCAH

Jika kenderaan belakang anda membunyikan hon sebab marah akibat terlalu lama menunggu, anda hanya perlu tunggu di dalam kenderaan dengan tenang sehingga runner PLUS tiba (jangan panik).

Pihak PLUS turut menjelaskan bahawa insiden pengguna yang melintasi lorong untuk ke pondok topup adalah perkara yang tidak patut berlaku. Jika runner di tol itu mengarahkan pengguna utk datang sendiri ke pondok topup, maka dia telah melanggar SOP dan pengguna dinasihatkan buat aduan segera.

PLUS juga akui ada keadaan di mana pemandu tidak boleh meninggalkan kereta. Dengan ada anak kecil, atau wanita yang sarat mengandung.

Oleh itu, tekan sahaja butang interkom dan sabar menunggu.

Ingat, panik akan membahayakan nyawa dan keselamatan anda.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd