Now Reading
Ini Cara Bayar Saman Trafik Dengan Diskaun 80% Menerusi Mesin ATM Maybank

Ini Cara Bayar Saman Trafik Dengan Diskaun 80% Menerusi Mesin ATM Maybank

Setakat ini, dilaporkan sebanyak 2.3 juta saman berjaya diselesaikan oleh rakyat Malaysia menerusi kaunter pembayaran dan juga secara dalam talian.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini telah mengumumkan tawaran diskaun sebanyak 80% bagi saman trafik bersempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

BACA LANJUT: JPJ & PDRM Tawar Diskaun Bayaran Saman Bermula 9 Disember Ini

Rakyat Malaysia dilihat berpusu-pusu membanjiri kaunter bayaran trafik untuk melunaskan saman trafik lampau.

Kredit: Berita Harian

Baru lega sikit kalau kesemua saman telah dibayar.


Cara bayar saman trafik menerusi ATM

Seorang pengguna Twitter @Tsgxy_ telah berkongsi cara terperinci untuk membayar saman trafik menggunakan Automated Teller Machine (ATM) Maybank.

Mudah dan cepat.

Ikuti langkah-langkah di bawah:

1. Klik pada bahagian Paybills di paparan menu utama.

2. Klik pada bahagian Pembayaran Saman PDRM yang terletak pada bahagian paling bawah di kiri skrin.

3. Masukkan nombor kad pengenalan atau pihak ketiga yang ingin membayar saman.

4. Pilih saman yang ingin dibayar dan klik ‘YA’ untuk meneruskan proses pembayaran dan skrin akan memaparkan kenyataan bahawa urusniaga anda telah berjaya.

Saman trafik, setel.


[Nota kaki]

Tawaran diskaun yang sepatutnya berlangsung dari 9 Disember sehingga 12 Disember 2021 kini telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

Malah, anda juga masih boleh menerima diskaun yang sama walaupun membuat pembayaran menerusi ATM selagi kompaun masih tertakluk di dalam syarat yang ditetapkan.

Menurut laporan media, pihak PDRM turut menyatakan bahawa digalakkan orang ramai membuat pembayaran kompaun secara dalam talian.

Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian kompaun yang tidak layak menerima diskaun bagi kesalahan trafik iaitu:

  • Kesalahan kemalangan.
  • Memotong secara merbahaya.
  • Menggunakan lorong kecemasan.
  • Memotong di barisan berkembar dan seumpamanya.

Setakat ini, dilaporkan sebanyak 2.3 juta saman berjaya diselesaikan oleh rakyat Malaysia menerusi kaunter pembayaran dan juga secara dalam talian.

Tarikh ini dilanjutkan bagi memudahkan orang ramai membuat pembayaran tanpa perlu berpusu-pusu di satu kaunter sahaja.

Apa pun, terima kasih PDRM!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd