Now Reading
Lebih Lancar, Selamat & Mudah. AirAsia Perkenal FACES Untuk Gaya Hidup Tanpa Sentuh

Lebih Lancar, Selamat & Mudah. AirAsia Perkenal FACES Untuk Gaya Hidup Tanpa Sentuh

Kini dengan hanya imbasan wajah, para tetamu boleh memesan, menempah, mengesahkan dan membayar semua produk dan perkhidmatan di airasia Super App.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pandemik Covid-19 ternyata membuka mata ramai orang untuk lebih menjaga kebersihan diri, melakukan penjarakan sosial, tidak bersentuhan dengan orang ramai, sentiasa memakai pelitup muka, dan banyak lagi.

Pendek kata, orang ramai kini dilihat lebih berhati-hati dalam menjalani kehidupan seharian. Terutamanya, bab kebersihan.

(Kredit: Firdaus Latif/Malay Mail)

Dunia ‘tanpa sentuh’ = FACES.

Kredit: Airasia

Semalam (18 November), airasia Super App telah melancarkan teknologi pengecaman wajah yang pertama di dunia.

Teknologi terbaru ini menawarkan para tetamu dan berjuta-juta pengguna airasia Super App pengalaman perjalanan digital dan tanpa sentuhan sepenuhnya dalam penerbangan AirAsia – serta meningkatkan kemudahan, keselamatan dan kesejahteraan dalam semua keperluan perjalanan dan gaya hidup mereka.

Mula dilancarkan untuk perjalanan udara, FACES akan menjadikan airasia Super App sebuah platform sehenti yang mengenal pasti para pengguna dengan serta-merta melalui pengecaman wajah segera untuk memesan dan membayar tawaran perjalanan dan gaya hidup dengan lancar dalam satu aplikasi.

Kredit: AirAsia

Teknologi pengecaman wajah telah mengubah kehidupan seharian kita, sebagai contoh pada telefon mudah alih kita. Walaupun terdapat teknologi yang hampir sama oleh syarikat lain, teknologi kami benar-benar pertama di dunia kerana ia dapat dimanfaatkan lebih daripada sekadar perjalanan udara. Sebagai syarikat penerbangan pertama yang memperkenalkan teknologi pengecaman wajah untuk platform perjalanan dan gaya hidup digital kami, inovasi ini adalah usaha berterusan kami yang bukan sahaja melancarkan pengalaman penerbangan dalam dunia baharu, malah menawarkan lebih kemudahan bagi keperluan gaya hidup seharian para pengguna.

Bo Lingam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group.

Bo turut menjelaskan mereka juga telah menggantikan kad akses para kakitangan dengan teknologi FACES untuk mengakses kemudahan di seluruh syarikat AirAsia.

Kini dengan hanya imbasan wajah, para tetamu boleh memesan, menempah, mengesahkan dan membayar semua produk dan perkhidmatan di airasia Super App.

FACES adalah inovasi teknologi tanpa sentuhan baharu yang dibangunkan bersama-sama rakan teknologi kami Vision-Box sebagai sebahagian daripada prosedur mitigasi Covid-19 kami yang ketat. Para tetamu yang terbang bersama kami kini boleh mendaftar masuk dalam talian pada bila-bila masa dengan hanya menekan satu butang setelah mendaftar dengan FACES. Usaha ini juga adalah untuk memulihkan keyakinan bagi perjalanan udara melalui teknologi dan langkah keselamatan yang dipertingkatkan.

Bo Lingam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group.

FACES akan dilaksanakan di semua lapangan terbang Malaysia dalam tempoh 12 bulan akan datang dan keutamaan mereka seterusnya ialah Thailand, Indonesia, Filipina dan semua pasaran utama lain yang beroperasi.

Kredit: AirAsia

Amanda Woo, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App berkata, “Inovasi digital dan menawarkan perkhidmatan kepada semua adalah sebahagian besar dalam DNA kami.”

Sistem ini akan menjadikan semua tawaran yang tersedia di airasia Super App, termasuk penerbangan, hotel, tempahan makanan, penghantaran, e-panggilan dan banyak lagi, lebih lancar dan mudah dengan hanya imbasan wajah.

Ia juga memudahkan perjalanan di lapangan terbang dengan pengecaman wajah yang pantas bagi proses daftar masuk, pada bila-bila masa dan di mana-mana serta menyelaraskan perkhidmatan penghantaran melalui pengesahan masa nyata dan penghantaran tanpa sentuhan.

Amanda Woo, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App.

Untuk mengetahui fakta tentang FACES, anda boleh klik sini.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd