Now Reading
Instagram Sanggup Bayar Pengguna Sehingga RM145,705 Untuk Gunakan Reels

Instagram Sanggup Bayar Pengguna Sehingga RM145,705 Untuk Gunakan Reels

Setakat ini, ganjaran yang ditawarkan kepada pengguna Instagram Reels hanya diberikan kepada pengguna di Amerika Syarikat sahaja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sejak aplikasi TikTok diperkenalkan, ramai pengguna media sosial kini lebih tertumpu kepada platform tersebut kerana kelihatan lebih menarik dengan wujudnya video-video pendek.

Turut mahu bersaing menjadi platform tumpuan ramai, Instagram wujudkan Reels dengan ciri-ciri yang sama seperti TikTok.

Walaupun sudah wujudnya Instagram Reels, namun orang ramai masih lagi memilih untuk menggunakan aplikasi TikTok.

Oleh disebabkan itu, Instagram mengambil keputusan untuk meneruskan rancangan seterusnya.

Instagram ingin beri ganjaran kepada pengguna Instagram Reels

Memetik laporan Tech Cruch, pengguna Instagram bakal diberi ganjaran wang sehingga 35,000 USD (RM145,705) jika berjaya mencapai 58 juta tontonan di Instagram Reels mereka.

Bukan itu sahaja, ganjaran yang lebih rendah juga akan ditawarkan mengikut jumlah tontonan yang ditetapkan.

Setakat ini, ganjaran yang ditawarkan hanya diberikan kepada pengguna di Amerika Syarikat sahaja.

Platform lain turut tawarkan ganjaran untuk tarik minat pengguna

Sehingga kini, TikTok telah berjaya meraih lebih 1 bilion pengguna aktif.

Berikutan itu, wujudnya persaingan pada platform media sosial yang lain untuk menarik minat pengguna.

Antaranya YouTube melancarkan dana 100 juta USD (RM 416 juta) untuk Shorts, Snapchat pula menawarkan hadiah wang tunai untuk pengguna yang menyertai cabaran Spotlight dan Instagram juga tidak turut ketinggalan dalam memberi bonus kepada pengguna Reels.

Instagram turut memaklumkan kepada Tech Crunch bahawa pengguna berusia 18 tahun ke atas sahaja yang layak menerima ganjaran tersebut.

Pada masa yang sama, pengguna yang memuat naik semula konten daripada TikTok untuk kegunaan Instagram Reels akan menerima kurang tontonan.

Ini kerana sebarang video yang mempunyai logo daripada platform media sosial lain akan mendapat kurang sokongan daripada algoritma Instagram.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd