Now Reading
Rakyat Malaysia Kini Ke Arah Pembayaran Digital. Lebih Praktikal & Selamat!

Rakyat Malaysia Kini Ke Arah Pembayaran Digital. Lebih Praktikal & Selamat!

Ciri keselamatan 2FA yang sedia ada dalam GrabPay ini adalah bagi melindungi pengguna telefon pintar daripada sebarang niat jahat penggodam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Walaupun aktiviti dine-in kini dibenarkan bagi individu yang lengkap dua dos vaksin, masih ramai yang memilih untuk membuat pesanan menggunakan aplikasi penghantaran makanan yang terus dihantar ke rumah.

Contohnya, GrabFood.

Mudah, cepat, dan menjimatkan masa.

Terutamanya jika anda masih bekerja dari rumah. Tak perlu keluar untuk beli makanan. Pesan sahaja melalui aplikasi Grab dan bayar menggunakan GrabPay.

Kalau bermurah hati, bolehlah beri tip sikit kepada rider. 😉

Pay It Safe!

Mungkin ramai yang mempersoalkan, ciri keselamatan untuk bayaran dalam talian GrabPay ini sudah cukup selamat ke?

Worry no more!

Kini, pihak GrabPay kini telah memantapkan ciri keselamatannya yang berbilang lapisan untuk melindungi setiap urus niaga dalam Grab. Malah, mereka turut memanfaatkan kelebihan AI dan teknologi untuk memastikan pengguna GrabPay dapat mengakses solusi kewangan secara selamat.

Kredit: The Edge Markets

Untuk pengetahuan anda, perkhidmatan e-dompet dalam aplikasi popular Grab iaitu GrabPay baru-baru ini telah memperkasakan ciri-ciri keselamatannya yang direka bentuk bagi melindungi para penggunanya daripada sebarang risiko penipuan dan keselamatan.

Ini merupakan sebahagian usaha berterusan serta pelaburan Grab untuk menyediakan platform pembayaran lebih selamat untuk pengguna.


Pengesahan dua-faktor (two-factor authentication {2FA})

Ciri keselamatan berbilang lapisan GrabPay akan membolehkan pengguna Grab melaksanakan urus niaga digital secara nyata (real-time) dalam platform ini dengan lebih selamat.

Salah satu ciri yang diperbaiki ialah pengesahan dua-faktor (two-factor authentication {2FA}) dengan Grab PIN dan biometrik amat digalakkan untuk pengguna GrabPay.

Menurut data keluaran ACI Worldwide – dengan anjakan pengguna yang kian meningkat ke arah pembayaran digital di Malaysia, 62% pengguna memilih e-dompet, manakala 52% memilih bayaran digital secara nyata.

Justeru, penambahbaikan ciri keselamatan ini akan memberi jaminan bahawa GrabPay adalah kaedah pembayaran lebih selamat.

Ciri keselamatan 2FA ini yang sedia ada dalam GrabPay untuk melindungi pengguna telefon pintar daripada sebarang niat jahat penggodam. Semua pengguna GrabPay harus mencipta enam-digit Grab PIN masing-masing.

Pengguna juga mempunyai pilihan untuk mengaktifkan pengesahan tambahan biometrik seperti cap jari atau pengenalan wajah (Face ID) bagi memantapkan kerahsiaan maklumat berpandukan setting pada alat mudah alih masing-masing.

Sebagai pemboleh teknologi tempatan, kami sentiasa menyokong usaha menjadikan kaedah pembayaran digital lebih selamat, mudah dan lancar. Kami mengutamakan perlindungan kerahsiaan data dan maklumat pengguna meliputi semua khidmat kewangan dan platform kami. Sepanjang tahun lepas hingga kini, kaedah pembayaran digital secara nyata (real time) telah menjadi pilihan utama warga Malaysia, maka kami turut mempertingkat perkhidmatan untuk memenuhi permintaan para pelanggan dan rakan peniaga.

Priyanka Madan, Ketua GrabPay, Grab Malaysia.

Priyanka turut menjelaskan bahawa pihak Grab turut melebarkan perkongsian dengan penyedia perkhidmatan lain untuk mengintegrasi PayLater oleh Grab supaya dapat menyedia pilihan bayaran inklusif, fleksibel serta memberi ganjaran dan dalam masa yang sama memboleh warga Malaysia mengurus perbelanjaan mereka.

Priyanka Madan, Ketua GrabPay, Grab Malaysia.
(Kredit: The Edge Markets)

Hasilnya memperlihatkan pengguna baru GrabPay yang berjaya membuat pembelian online dari peniaga pada bulan-bulan awal kempen Shop Malaysia Online telah meningkat sebanyak 35%.

Manakala 80% pengguna PayLater kini menggunakan perkhidmatan ini sebagai perkakas belanjawan untuk merancang pembelian.

Tambahnya lagi, dengan ciri pengesahan dua-faktor pada platform ini – para pengguna memiliki ketenangan minda apabila membayar dengan GrabPay.


Dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM)

Semenjak pelancarannya, GrabPay telah melaksana dan secara berterusan mengguna pelbagai langkah keselamatan bagi memelihara pengguna membuat transaksi dalam talian atau luar talian.

Antara ciri-ciri keselamatan pelbagai lapisan GrabPay adalah termasuk:

1. Pengesahan Dua-Faktor (2FA).

Semua pengguna GrabPay dikehendaki menetapkan 2FA dengan Grab PIN enam angka. Mereka boleh juga menetapkan pengesahan biometrik menerusi cap jari atau Face ID bagi memantapkan lagi keselamatan terhadap dompet GrabPay dan maklumat peribadi.

2. Keselamatan Daripada Pemalsuan Data.

GrabPay disepadu dengan enjin pengesanan pemalsuan 24/7 dan pasukan keselamatan dalaman dan anti-pemalsuan yang kuat yang mengendali tugas lasak dan dibekal algoritma yang dibina serasi untuk mencegah dan mengesan pemalsuan, supaya mengelak sebarang transaksi yang tidak dibenarkan.

GrabPay juga berkongsi sama dengan sistem keselamatan terkemuka global, yang mempunyai kemampuan kredibel dalam mengesan pemalsuan demi memastikan hanya transaksi GrabPay tulen sahaja dilakukan.

3. Privasi & Keselamatan.

Semua maklumat peribadi, pembayaran dan kad kredit pengguna GrabPay adalah terpelihara dan sama sekali tidak akan dikongsi atau digunakan bagi maksud lain.

Keselamatan data GrabPay tertakluk kepada Piawaian Keselamatan Data Industri Kad Pembayaran (Payment Card Industry Data Security Standard/PCI DSS) – suatu pengesahan paling ketat dalam industri pembayaran global.

4. Sokongan Pelanggan.

Perkhidmatan Khidmat Pengguna Grab dibina untuk mendidik pengguna mengenai GrabPay dan bertugas mencari solusi bagi mengatasi sebarang masalah. Pengguna boleh juga menghubungi unit sokongan pelanggan Grab menerusi aplikasi Grab bagi mendapat bantuan segera.

5. Mengikut Peraturan Kerajaan.

GrabPay dikendalikan secara peraturan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), manakala maklumat baki dompet pengguna disimpan dan dipelihara oleh rakan perbankkan Grab di seluruh dunia.


Untuk maklumat keselamatan GrabPay, anda boleh klik sini.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd