Now Reading
Facebook Rancang Tukar Nama Baharu Minggu Depan

Facebook Rancang Tukar Nama Baharu Minggu Depan

Perubahan nama ini juga ada kaitan dengan projek metaverse yang dibangunkan oleh Facebook.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Syarikat gergasi media sosial iaitu Facebook Inc kini sedang dalam perancangan untuk membuat penjenamaan semula syarikat tersebut dengan penampilan nama baharu pada minggu hadapan.

Menurut laporan The Verge, Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Mark Zuckerberg merancang untuk membincangkan penjenamaan ini dalam persidangan Connect yang dilakukan setiap tahun pada 28 Oktober nanti.

Namun, penjenamaan tersebut mungkin akan diumumkan lebih awal.

Kredit: About Facebook

Langkah ini diambil kerana posisi Facebook sebagai media sosial telah mengaburi anak-anak syarikat lain yang berada di bawah mereka.

Oleh itu, dengan penjenamaan baharu ini – kesemua syarikat yang berkait bersama Facebook seperti Instagram, WhatsApp, Oculus dan lain-lain akan dikenali dengan sebuah nama baharu dan berada di bawah satu bumbung.

The Verge turut melaporkan bahawa penjenamaan baharu Facebook mungkin mempunyai kaitan dengan Horizon.

Walau bagaimanapun, perkara itu masih dirahsiakan oleh pihak mereka.

Untuk rekod, Facebook bukan syarikat gergasi pertama yang membuat penjenamaan baharu. Malah sebelum ini, syarikat Google juga pada tahun 2015 telah membuat penjenamaan baharu yang dikenali sebagai Alphabet selepas mengembangkan lebih banyak cabang servis di dalam bisnesnya.

Jika dilihat kembali, ada logiknya susulan Facebook juga sudah memasuki pelbagai bidang selain daripada laman media sosial.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd