Now Reading
Lumi News Jadi Aplikasi Berita Dengan Lebih 30 Penerbit & Berita Berkualiti

Lumi News Jadi Aplikasi Berita Dengan Lebih 30 Penerbit & Berita Berkualiti

Lumi memberikan orang ramai akses terus tanpa gangguan kepada sumber-sumber berita yang mereka ketahui dan percayai, semuanya dalam satu aplikasi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Rakyat Malaysia ini kalau boleh semuanya nak pantas dan mudah.

Kalau yang leceh dan melambatkan, ramai yang tak gemar. Sama juga bila berkaitan dengan berita. Mereka lebih gemar untuk menerima serta berkongsi berita dengan pantas.

Anda kini boleh mendapatkan maklumat melalui berita dalam satu aplikasi iaitu Lumi News Malaysia.

Aplikasi berita terbaru di Malaysia yang membawakan berita terkini dan tajuk-tajuk utama yang dilaporkan oleh lebih 30 penerbit berita berkualiti seperti The Rakyat Post, New Straits Times, Free Malaysia Today, Berita Harian, Harian Metro, SAYS , Cilisos, SoyaCincau, CCN 精彩大马, The Malaysian Reserve, Bernama, IGN Southeast Asia, Mashable Southeast Asia, dan banyak lagi.

Aplikasi Lumi News Malaysia, juga dikenali sebagai Lumi – boleh dimuat turun secara percuma dengan membuat pencarian “Lumi News Malaysia” di Google Play Store dan Apple App Store (pengguna mesti mempunyai akaun Malaysia untuk Play Store dan App Store).

Lumi memberikan orang ramai akses terus tanpa gangguan kepada sumber-sumber berita yang mereka ketahui dan percayai, semuanya dalam satu aplikasi.

Difahamkan, pengguna boleh mengikuti penerbit-penerbit berita dalam bahasa pilihan mereka, memilih topik yang diminati, dan menerima pemberitahuan setiap kali sesuatu topik menjadi carian popular – semuanya melalui pengalaman aplikasi pantas dan lancar di Lumi News.

Kredit: Lumi News Malaysia

Selain mendapatkan berita di saluran media sosial seperti Facebook, Instagram, WhatsApp, dan Twitter, atau hanya bergantung kepada berita yang disampaikan rakan-rakan, aplikasi berita Lumi memudahkan orang ramai untuk mengetahui apa yang terjadi di sekeliling mereka, memeriksa berita yang dilaporkan oleh pelbagai laman berita, dan mengesahkan
berita viral yang diperoleh.


Ciri utama Lumi News:

  • Mendapat pemberitahuan sebaik sahaja wartawan mengeluarkan berita mengenai topik yang diminati.
  • Mengikuti kumpulan penerbit berita terkemuka dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Cina.
  • Paparan khas COVID-19 di Lumi menunjukkan gambaran keseluruhan mengenai kadar vaksinasi, sasaran vaksinasi dan statistik harian COVID-19 di Malaysia, termasuk pecahan setiap negeri.
  • Membolehkan mod ‘Berita Baik’ bagi menjadikan berita baik terkini tersenarai di skrin utama aplikasi.
  • Ikuti dan pilih topik kegemaran seperti Berita Trending, Liputan COVID-19, Berita yang melibatkan berita sosial dan politik, Gaya Hidup, Hiburan, Makanan, Santai & Rawak, Teknologi, Dunia, Sukan, Permainan, dan banyak lagi.
Kredit: Lumi News Malaysia
Kredit: Lumi News Malaysia

Kami mahu mengubah persepsi bahawa aplikasi berita hanya untuk golongan pembaca tegar berita, dengan menyediakan pengalaman yang menyeronokkan tanpa ‘stres’ bagi mewujudkan tabiat membaca berita untuk orang ramai di semua peringkat umur.

Judith Yeoh, CEO Lumi News Malaysia.

Lumi juga mempunyai antaramuka yang mesra pengguna dan mudah digunakan, yang direka khas untuk menarik minat, memahami keperluan pengguna, dan bersifat sosial – lain daripada aplikasi berita lain yang kebanyakannya mempunyai penampilan standard yang bosan dan serius.

Menurut Ketua Rekabentuk Lumi, Rachel Anyi, “Kami menggunakan emoji sebagai identiti jenama Lumi bagi membolehkan ia mewujudkan pengalaman terkini, sosial, dan sesuatu yang menjadi kebiasaan untuk pengguna.”

Kredit: Lumi News Malaysia

Memperkenalkan Lumi kepada orang ramai diharap dapat meningkatkan rasa ingin tahu rakyat Malaysia terhadap isu semasa yang memberi kesan kepada diri mereka, pada masa sama, memberi manfaat dan keseronokan, tanpa mengira pendirian politik, pandangan terhadap dunia atau minat peribadi.

Judith Yeoh, CEO Lumi News Malaysia.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenaiu Lumi, boleh klik sini.

Jangan lupa muat turun aplikasi ini sekarang dan dapatkan berita menarik dan pantas daripada The Rakyat Post!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd