Now Reading
Ini Cara Mudah & Cepat Untuk Tukar Kad Debit Maybank Secara Online

Ini Cara Mudah & Cepat Untuk Tukar Kad Debit Maybank Secara Online

Setiap pertukaran akan dikenakan caj sebanyak RM12 dan akan ditolak secara automatik melalui akaun simpanan atau semasa anda.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Penggunaan kad debit adalah penting bagi menyelesaikan pelbagai transaksi harian pengguna. Terutamanya di zaman pandemik sekarang ini di mana orang ramai digalakkan untuk lebih praktik kepada pembayaran secara cashless.

Kredit: Morning Advertiser

Tapi, tahukah anda bahawa setiap kad debit ada tarikh luputnya?

Ya, bila kad debit dah melebihi tarikh luput, ianya tidak boleh digunakan lagi dan kesemua transaksi secara dalam talian akan tergendala sehingga anda menukar kad yang baru.

Oleh itu, jika anda ingin menukar kad debit secara dalam talian tanpa perlu hadir ke mana-mana cawangan Maybank, boleh ikuti langkah-langkah mudah di bawah:

1. Log masuk ke akaun Maybank2U dengan username dan password.

Kredit: Maybank

2. Klik pada bahagian ‘Settings’ di bahagian atas kanan.

Kredit: Maybank

3. Klik pada bahagian ‘Cards’.

Kredit: Maybank

4. Anda akan nampak paparan ‘Manage Debit Cards’. Boleh pilih ‘Debit Card – Replace, Active & Block’. Klik pada bahagian tiga titik seperti dipaparkan. Seterusnya, klik pada bahagian ‘Replace’.

Kredit: Maybank

5. Setelah selesai, anda akan lihat paparan di bawah di mana anda perlu memasukkan alamat peribadi lengkap dan terkini bagi proses penghantaran kad baharu. Kemudian, klik setuju kepada terma & syarat.

Kredit: Maybank

6. Step terakhir, anda perlu klik pada ‘Replace Card’ yang muncul di bawah, buat permohonan TAC dan masukkan nombor TAC yang diterima untuk pengesahan.

Kredit: Maybank

Setelah selesai, kad debit akan dihantar dalam tempoh sembilan (9) hari bekerja berdasarkan tempoh kepada tarikh permohonan.

Setiap pertukaran akan dikenakan caj sebanyak RM12 dan akan ditolak secara automatik melalui akaun simpanan atau semasa anda.

Apabila kad debit selamat sampai di rumah, anda perlu mengaktifkan kad debit tesebut dalam tempoh 90 hari.

Anda masih boleh menggunakan PIN yang sama sebelum ini untuk membuat tetapan PIN yang baharu.

Anda juga boleh menukar PIN sedia ada menerusi mana-mana ATM Maybank.

Terdapat dua cara untuk mengaktifkan kad debit tersebut iaitu:

1. Secara dalam talian.

  1. Log masuk ke Maybank2U.
  2. Pilih Setting.
  3. Tekan Cards.
  4. Klik Manage Debit Cards.
  5. Pilih Activate.

2. Menerusi mesim ATM.

  1. Pergi ke mesin ATM Maybank, masukkan kad debit baru yanf diterima.
  2. Pilih bahasa.
  3. Masukkan nombor PIN.
  4. Pilih transaksi lain.
  5. Pilih perkhidmatan lain.
  6. Tekan skrin berikutnya.
  7. Pilih pengaktifan kad.

Walau bagaimanapun, pengguna disarankan untuk meneliti terlebih dahulu laman web Maybank kerana dikhuatiri terdapat laman web phishing yang boleh mengelirukan.

BACA JUGA: Beware! There’s A New Fake Maybank Website Tricking Malaysians & Stealing Banking Information


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd