Now Reading
iPhone 13 Dijangka Hadir Bulan Depan. Siap Ada Warna Matte Black!

iPhone 13 Dijangka Hadir Bulan Depan. Siap Ada Warna Matte Black!

Apple dijangka memperkenalkan iPhone 13 secara rasminya pada bulan September nanti.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pada bulan Jun lalu ketika Worldwide Developer Conference (WWDC), Apple mengumumkan ciri baru untuk iOS15 dan mengatakan bahawa ianya akan dikeluarkan sekitar bulan September dan November.

Ianya merupakan ‘hint’ peranti baharu dari Apple ini iaitu iPhone 13.

Apple dijangka akan meneruskan tradisi dengan memperkenalkan empat variasi iPhone di bawah siri iPhone 13. Ianya mengandungi iPhone 13 Mini, iPhone 13, iPhone 13 Pro, dan juga iPhone 13 Pro Max.

Jadi, bila iPhone 13 ini akan diumumkan?

Apple dijangka memperkenalkan iPhone 13 secara rasminya pada bulan September nanti.

Oleh kerana jenama Apple ini sangat ‘luar biasa’, pengumuman biasanya akan dibuat pada hari Selasa atau Rabu.

Desas desus mengatakan ianya juga akan dilancarkan bersama dengan smart wearable (Apple Watch Series 7) dan earbud tanpa wayar (AirPods 3).

Pengumuman ini juga mungkin akan dilakukan secara virtual, sama seperti sebelum ini.

Ini kerana sejak kemunculan varian baharu Covid-19, syarikat Apple kini membenarkan setiap pekerja untuk bekerja dari rumah.

Apa yang menariknya?

Secara amnya kami sudah mengetahui hampir semua ciri perisian yang akan dimiliki oleh iPhone 13.

Jadi, anda boleh baca sendiri liputan WWDC 2021 dari TRP di bawah:

BACA SINI: TLDR: Apple’s Biggest Announcements At WWDC 2021

Mengenai hardware upgrades yang dimiliki iPhone 13, itu adalah spekulasi semata-mata. Berikut adalah beberapa tekaan yang masuk akal:

  • Akan ada empat model/variasi: 
    • iPhone 13.
    • iPhone 13 Mini.
    • iPhone 13 Pro.
    • iPhone 13 Pro Max.
  • Paparan akan mempunyai refresh rate yang lebih tinggi.
  • Mempunyai kamera bersama dengan ciri foto dan video yang lebih baik (mestilah!)
  • Bateri lebih besar.

Matte Black pun lawa!

Kredit: Tom’s Guide

Untuk pengetahuan anda, salah satu pilihan warna menarik dan premium untuk iPhone 13 ini adalah pilihan warna kusam.

Ianya sekaligus memberikan pengalaman yang lebih premium ketika menggunakannya.

Permainan teka-teki ini mungkin kelihatan jelas, tapi anda juga perlu lihat apa yang tersirat.

Nampaknya Apple belum bersedia mengeluarkan peranti yang boleh dilipat, tidak akan menambah ciri stylus pada perantinya, dan sedikit-sebanyak ‘play-safe’ dengan tidak memperkenalkan sesuatu yang terlalu luar biasa dengan iPhone 13.

Apa pun, kita tunggu pengumuman rasmi nanti.

[SUMBER: CNet 12]

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd