Now Reading
Setel Lancar Ciri Voice Fuelling, Isi Minyak Guna Suara Pertama Di Malaysia

Setel Lancar Ciri Voice Fuelling, Isi Minyak Guna Suara Pertama Di Malaysia

4 Bahasa Utama menyokong ciri Voice Fuelling iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin & Tamil.

In Brief
  • Setel memperkenalkan Voice Fuelling, ciri AI pertama di Malaysia membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak menggunakan arahan suara.
  • Ciri ini menyokong empat bahasa utama iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil, sesuai untuk semua golongan pengguna.
  • Pengguna baharu berpeluang menikmati 5x mata ganjaran Mesra Rewards, terhad kepada 500 mata ganjaran apabila mendaftar dan mengisi minyak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Aplikasi mobiliti tempatan, Setel memperkenalkan Voice Fuelling, ciri berkuasa kecerdasan buatan (AI) membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak hanya menggunakan arahan suara bermula hari ini (7 Oktober).

Pengguna tidak perlu lagi menyentuh skrin untuk mengisi minyak, cukup sekadar mengeluarkan suara untuk memulakan proses pengisian.

Tambahan pula, ia merupakan ciri pengalaman pengisian minyak menggunakan suara pertama di Malaysia.

4 Bahasa Utama Disediakan Untuk Voice Fuelling

Voice Fuelling. (Foto: Setel)

Untuk info, proses ini masih berada dalam fasa beta kerana Voice Fuelling merupakan evolusi daripada ciri Pengisian One-Tap sebelum ini.

Ciri ini menyokong empat (4) bahasa utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil.

Pendekatan ini bertujuan menjadikan pengalaman mengisi minyak lebih mudah, lancar dan mesra pengguna.

Dalam masa sama, ciri ini turut direka untuk memenuhi keperluan semua golongan, termasuk pemandu, penunggang motosikal dan pemandu e-hailing.

Malah, ia memudahkan mereka yang kurang biasa menggunakan aplikasi, ataupun lebih selesa memberikan arahan secara lisan berbanding menyentuh pada skrin.

Pengguna Hanya Perlu Menyebut Nombor Pam Untuk Mula Mengisi Minyak

Cara menggunakan ciri ini juga sangat mudah.

Menurut Setel, bagi membantu orang ramai mencubanya, pengedar PETRONAS dan kru di stesen akan turut memperkenalkan Voice Fuelling serta membantu pelanggan mengaktifkannya.

Selepas diaktifkan dalam aplikasi Setel, pengguna hanya perlu menyebut nombor pam bagi memulakan proses mengisi minyak.

Kemudian, AI Setel akan menguruskan transaksi berdasarkan kaedah pembayaran dan pilihan pengisian yang telah ditetapkan oleh pengguna.

Setel Mahu Teknologi Memudahkan Kehidupan Seharian

Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Abdullah Ayman Awaluddin. (Foto: Setel)

Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Abdullah Ayman Awaluddin berkata teknologi sepatutnya memudahkan kehidupan, bukannya menambah kerumitan.

“Di Setel, kami percaya teknologi sepatutnya memudahkan kehidupan seharian, bukannya menambah kerumitan. Atas prinsip itu, kami mahu menjadikan pengalaman mengisi minyak lebih mudah.

“Daripada perlu menyentuh pada skrin, kini cukup sekadar menyebut nombor pam. Voice Fuelling mencerminkan bagaimana AI boleh memberi nilai dalam perkara yang kita lakukan setiap hari.”

Tambahan pula, penggunaan AI bukan sekadar teknologi semata-mata, tetapi bagaimana ia boleh mengurangkan masalah pengguna.

“Membolehkan pengguna berinteraksi dalam bahasa yang biasa mereka gunakan mungkin kelihatan seperti perubahan kecil, tetapi ia penting dalam menjadikan teknologi lebih semula jadi dan inklusif,” jelasnya.

Awaluddin turut berharap rakyat Malaysia akan mencuba sendiri kemudahan tersebut.

“Inilah erti #SetelUntukMalaysia, iaitu menggunakan teknologi untuk memenuhi keperluan harian dan menjadikan setiap perjalanan lebih mudah.”

Pengguna Baharu Berpeluang Menikmati Ganjaran Istimewa

Dalam masa sama, Setel turut mengalu-alukan lebih ramai rakyat Malaysia menyertai ekosistemnya menerusi pelbagai ganjaran menarik.

Pengguna baharu boleh menikmati 5x mata ganjaran Mesra Rewards, terhad kepada 500 mata ganjaran.

Ganjaran itu boleh dinikmati apabila mereka muat turun aplikasi, mendaftar, mengesahkan akaun dan membuat pengisian minyak sekurang-kurangnya 1 liter.

Tawaran ini boleh ditebus sekali sahaja bagi setiap pengguna dan tidak terhad kepada penggunaan Voice Fuelling.

Malah, ia turut terpakai untuk pengisian RON95, RON97, Diesel, BUDI95 serta BUDI Diesel tertakluk kepada terma dan syarat.

Namun, ganjaran bukan sahaja untuk pengguna baharu.

Bagi pengguna sedia ada, Setel Savers menawarkan lebih banyak penjimatan, mata ganjaran bonus dan nilai tambahan.

Dalam masa sama, program Refer a Friend pula membolehkan pengguna memperoleh Kredit Setel berpeluang memenangi hadiah.

Kempen Full Thank akan diteruskan oleh Setel bermula bulan Oktober sehingga akhir tahun ini melihat pelbagai promosi dan ganjaran menarik menanti para pengguna.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd